Alhamdulillah 12.12.2003 ikatan terpatri atas anugerah bergelar isteri...
18 tahun perjalanan berumahtangga dengan ditambah dua tahun perkenalan yang mengenapkan hubungan perkenalan dengan Mr Hubby dua dasawarsa.
Permulaan dalam
berkeluarga ... bertaut kasih menyulam kisah dalam setiap detik nafas
Adanya dalam setiap denyut nadi
Bergelar isteri adalah anugerah terindah, suami syurga bagi
wanita, imam penuntun ke alam abadi.
Dialah diharap sebagai penguat di kala lemah
Tempat berpaut
kala terjatuh untuk menghulurkan tangan, bangkit kembali dan terus melangkah seiring.
Juga lelaki bergelar suami inilah menduga
kesabaran sebagai insani lantaran kita banyak berbeza namun bukan itu yang utama kerana kebersamaan kita saling melengkapi antara kekurangan dalam kehidupan.
Suami bukan
penghalang dalam cita malah penguat untuk terus berusaha.
Benar ...
Tak selalu ketawa,
tak semua ceria. Hidup ini tak mudah dan kebersamaan itu banyak dugaannya.
Ada juga duka,
tercalar luka tapi rawatlah supaya tak melarat jiwa,
bertentangan pendapat
itu biasa, lumrah bagi kami yang banyak berbeza.
Tapi ingat semua
kemanisan saat hubungan terduga dalam kelam alam
Tak apa ... semua
jadi biasa
Ingat hidup hanya
sementara
Ke syurga sana
idaman sntiasa...
SELAMAT ULANG
TAHUN PERKAHWINAN KE-18😘
No comments:
Post a Comment