Kami bertolak dari Ibu Kota waktu pagi, tempat pertama adalah mee udang galah... hurmm... anak-anak tak berapa gemar sebenarnya pada makanan terbabit, mereka semua lebih suka makan ayam tapi sesekali kami menukar selera. Selesai menjadi makan tengahari, kami ke kapal korel Warisan Tin Dredge. Wah, menarik rupanya di sini. Panas cuaca menyengat, ada payung disediakan. Beli tiket di ruangan kontena, sebelum ke kawasan kapal korek ada laluan yang menempatkan pembacaan. Permulaan dari sejarah yang sewajarnya diketahui oleh generasi lapisan penerus kesinambungan masa hadapan.
Kemudian masuk ke ruangan terbuka, panas lit-lit. Kami diminta ke sebuah kontena berwarna-warni. Rupanya ambil topi keselamatan. Semua yang bakal masuk ke kapal korek terbabit diwajibkan memakai topi keselamatan. Maklumlah nak masuk kapal korek yang usianya lebih dari diri sendiri.
Kami berkumpul, bersama beberapa pengunjung yang lain. Ada sekitar 15 orang dalam kumpulan kami dan pemandu pelancong mengetuai dengan dimulakan beberapa pesanan, antaranya keutamaan kepada keselamatan dan mematuhi segala aspek yang telah ditekankan.
Gadis muda menjadi pemandu pelancong kami, membawa kami memasuki ruangan kapal korek dengan penceriaan berkaitan sejarahnya. Bermula dari zaman penjajah yang menggunakan kapal korek bagi meraih hasil bumi bijih timah. Kapal korek bergerak tanpa henti 24 jam dengan pekerja melaksanakan tugasan secara bergilir dalam tiga syif berbeza.
Katanya, antara petugas yang berkerja di kapal korek ketika itu adalah dianggap golongan yang berduit lantaran kadar upah yang boleh dikira tinggi dan lumayan. Selesai penerangan setiap peringkat kami dilepas bebas seketika untuk bergambar. Latar besi mengelilingi, kapal korel di atas tasik masih kukuh menampung kami malah alunannya dapat dirasa saat angin berpuput kencang. Bunyian besi berlaga dan sesekali ada selingan besi menular sayup di hujung telinga. Pastinya, jika keseorangan jangan mimpilah nak pijak kapal korek ni. Dah la di tengah-tengah tasik, besian lama berkarat dengan sesekali bunyian bersi berlaga yang menjemput rasa mengundang bulu roma terangkat. Ish... mula la mengarut sedangkan anak-anak tak ada masalah apa pun rasanya.
Selesai kapal korek, rupanya luas kawasan sekitar diaplikasi dengan tanaman landskap taman yang cantik. Ada kepala keretapi, ada tanaman buluh menjadi laluan, juga beberapa haiwan ladang ada di sekitar umapa kambing yang lepas bebas mesra mencari makan. Ada juga rumah arnab yang boleh dilawati, namun keluasan kawasan yang ingin diteroka perlu selari dengan tenaga apatah lagi menjelajah dalam panas terik siang lepas tengah hari.
Habis di situ, kami bergerak ke kawasan bersejarah berdekatan iaitu Istana Kellies. Menyusur tempat bersejarah di Perak yang sememangnya kaya dengan pelbagai tempat untuk anak-anak jadikan tauladan... lagi-lagi untuk mereka mendalami mata pelajaran Sejarah. Moga dengan perjalanan singkat ini akan dapat menerapkan ilmu untuk dijadikan bekalan pada anak-anak mendepani kehidupan. Lain kali kita jalan-jalan lagi ya Mr Hubby... 😀
No comments:
Post a Comment