Saturday, 12 February 2022

Selamat Pengantin Baru Ija & Aqil

Meraikan pengantin baharu... kenduri yang tertangguh akibat COVID-19 yang melanda negara. Nor Hafidzah & Aqil dah nikah pada 21 Mei tahun lalu. Acara pernikahan yang hanya boleh dihadiri oleh wali dan saksi kini dirai dalam ruang bersama keluarga biarpun dalam kuantiti tetamu yang terhad. Tentunya abang Maili, abang sulongku mahu meraikan puteri bongsunya dalam majlis yang meriah bersama adik-beradik, sanak saudara dan para kenalan. 

Benar, acara semuanya sudah dirancang sejak awal tahun lalu namun tertangguh akibat pandemik. Bayaran dah dibuat tidak boleh dipulangkan maka majlis diteruskan biarpun masa sudah berlalu. Apa yang penting meraikan pengantin ini adalah kebersamaan mendoakan pasangan pengantin agar berbahagia hingga ke akhir hayat lantas kembali berkumpul di jannah kelak - insyaAllah. 

Majlis waktu malam, tentunya ruang masa yang pendek tetapi berkumpulnya adik beradik merai pasangan mempelai amat bermakna. Inilah ruang yang sangat bererti apatah lagi setelah pandemik menyekat pelbagai acara hinggakan kami sendiri gagal bertemu adik beradik. 

Alhamdulillah, masa berlalu dan pandemik makin menjauh ... moga kan terus pergi untuk kami melangsungkan kehidupan pada usia berbaki. Untuk Ija & Aqil... moga kalian dilimpahi kesabaran dengan kasih sayang berterusan dalam melayari bahtera rumahtangga. 












No comments:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers