Saturday, 22 May 2021

COVID-19: Kes Aktif Yang Makin Menakutkan

Kes kumulatif COVID-19 di Malaysia menghampiri 500 ribu. Di peringkat global, lebih 165 juta kes dilaporkan dengan kes kematian melebihi 3.4  juta. Lebih 146 juta pesakit COVID-19 dilaporkan sembuh. Pandemik COVID-19 sudah merebak ke 216 buah negara dan wilayah.

 Malaysia semakin dibayangi kemungkinan berhadapan dengan kes harian baharu lima angka setelah tiga hari berturut-turut merekod kes harian baharu COVID-19 sekitar enam ribu pada Rabu (19 Mei), Khamis (20 Mei) dan hari ini.

Thursday, 13 May 2021

Aidilfitri 2021 Dalam PKP Lagi

COVID-19 masih menyelubungi dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksana lagi yang kali ini nampaknya lebih parah dari tahun lalu. Jika tahun lalu masih lagi boleh rentas derah namun kali ini... jangankan nak balik kampung Mr Hubby di Utara, nak balik ke Gombak pun tak lepas. Benar, terasa amat sayu rasa hati tapi sebagai ibu aku enggan tenggelam dalam kesyaduan melarut lantaran aku memiliki anak-anak yang masih perlu dicanai. Inilah Aidilfitri mereka yang bakal dirai sebaiknya untuk dijadikan memori di kala usia dewasa kelak. 

Tuesday, 4 May 2021

Khatam Quran Perdana 2021, Syukur Ya Ilahi

Alhamdulillah. Tahun ini dapat bersama dalam kumpulan khatam quran setelah bertadarus dalam kumpulan kecil di HQ. Untuk kumpulan aku masih orang-orang yang sama sebagaimana terbentuknya dalam empat-lima tahun lalu. Tahun ini tadarus diteruskan namun lebih bermakna apabila acara khatam quran dibuat secara bersama dengan kumpulan lain dan lebih meriah.

Wednesday, 28 April 2021

Young Living - Kegunaan EO Dalam Stater Kit

Banyaknya essential oil dalam Premium Stater Kit. Inilah untungnya beli set, dapat diffuser dan pelbagai minyak dengan aroma yang macam-macam juga. Abah suka bauan kayu, mama suka eo yang berangin, panas dan fresh sementara anak-anak lebih suka bauan bunga bagi menemani mereka. Mama lebih suka dilute dengan V-6 (Vegetable oil) dan masukkan dalm roller bottle. Senang nak guna dan nak bawa kemana-mana, malah setiap anak ada botol eo masing-masing. 

Wednesday, 7 April 2021

Terbanglah Amira... Kibarkan sayapmu


Melepaskan anak untuk berjauhan dari sisi tanpa mata dapat lagi menatap saban hari bukanlah sesuatu yang mudah, tapi beratnya hati akan lebih membebankan jiwa anakanda. Mama akur, sebagai ibu mama perlu sentiasa berlapang dada agar perjalanan harian anakanda juga dipermudahkan Ilahi sebagaimana lapangnya jiwa mama.... Hati yang berat tentunya akan membebankan tugasan seorang anak kerana ikatan jiwa anak dan ibu tak akan mampu dipisahkan biarpun jauhnya ratusan kilometer. 

Sunday, 4 April 2021

Selamat Pengantin Baru Erin & Hafiz

Indahnya ikatan perkahwinan diraikan dalam satu keluarga majlis kenduri kendara setelah banyak acara sedemikian tertangguh lantaran penularan COVID-19. Alhamdulillah, majlis perkahwinan anak kak Shida & abang Wan lancar walaupun dalam keadaan yang terhad berikutan situasi semasa dan mematuhi SOP serta syarat dari kerajaan. 

Siapa kak Shida dan abang Wan... bagi diriku & Mr Hubby mereka sudah seperti saudara sendiri walaupun antara kami tidak ada sebarang pertalian saudara selain ikatan sesama Islam dan kak Shida adalah orang atasanku di pejabat. Kak Shida geng gegirls, kira kakak sulung antara kami yang sudah belasan tahun kami kenali dengan anak-anak kami sendiri sudah sama-sama akrab. Banyak mereka bantu kami sekeluarga, moga Allah SWT saja yang membalasnya. 

Thursday, 25 March 2021

Young Living dan kasih sayang...

Kasih sayang dalam persahabatan terlalu luas maknanya. Kasih sayang inilah juga yang menjerumuskan diri dalam penggunaan 'minyak kayangan' Young Living. Konon la kayangan tapi bila dah tahu cara dan kegunaan, sesungguhnya ia amat sesuai dimiliki oleh semua orang apatah lagi manfaatnya yang pelbagai... ibaratnya dari hujung kaki hingga hujung rambut, semua boleh dimanfaatkan. 

Tuesday, 2 March 2021

Young Living - Satu Permulaan Atas Persahabatan

Young Living... produk yang selalu aku anggap barang 'kayangan' lantaran harganya yang aku lihat satu-satu... mak aiii boleh pitam. Harga untuk essential oil pun ratus-ratus ringgit so jangan mimpilah nak pakai ya... tapi kuasa Allah SWT, secara zahir aku luahkan ketidakmampuan tapi ikatan persahabatan dengan rakan-rakan menjadikan perkara mustahil sebagai satu realiti. Aduhai sahabat... benarlah 'teamwork' itu akan memberikan semangat yang luar biasa dan menyuntik kekentalan bukan hanya untuk memiliki tapi juga untuk maju ke hadapan. 

Tuesday, 20 October 2020

Enam Tahun Amira & Rheumatic Fever... Separuh Perjalanan

Hari ini berulang kembali dalam temujanji bersama doktor di hospital untuk rawatan susulan Amira. Sesuatu yang bukan lagi asing bagi kami dalam melalui pemeriksaan berkala saban tahun. Rupanya sudah enam tahun kami berulang-alik dalam memastikan rheumatic fever yang ada dalam tubuh Amira tidak kembali aktif. 

Kali ini lawatan dalam suasana Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Pematuhan kepada SOP yang ditetapkan oleh KKM digunapakai oleh kami. Di pintu masuk ke hospital juga ada saringan... melihatkan tubuh Amira yang tinggi mula-mula petugas di situ hanya membenarkan seorang saja masuk namun apabila dimaklumkan usianya baru 15 tahun maka aku dibenarkan bersama menemani. 

Sunday, 18 October 2020

Cara Buat Jeruk Mangga Sedap... Hasil Tangan Sendiri

Pokok mangga yang ditanam Mr Hubby enam tahun lalu membuahkan hasil. Kali ini buahnya memang lebat, dari dahan atas sampailah ke tangkai bawah yang sememangnya menyerlahkan buah-buahnya bergayutan. Kali pertama bebuah sebelum ini pun tak sebanyak seperti sekarang. Bak kata orang... buah-buahnya tak putus makan... berganti saban hari, habis belah sini berbuah, belah sana pula berbunga yang bakal menggantikan buah baru untuk dipetik kelak. 

Buahnya pula memang sedap, kalau mangga muda tidak terlalu masam, rangup dan segar terasa dan kalau dah masak pula buahnya sangat manis... tapi amat jarang Mr Hubby biarkan buah masak di dahan, buah mangga yang besar tak tertanggung tangkainya lantas gugur apabila angin kencang bertiup. Sayang kannn... 

Thursday, 15 October 2020

Tanaman Laman Rumah

Mr Hubby kekal istiqamah dalam hobi tanaman hiasan di laman rumah. Memang bukan perkara mudah untuk mengekalkan sesuatu tapi tak juga susah jika minat sudah sebati semulajadi. Tanaman pokok-pokok hijau menghiasi laman yang cuma sekangkang kera... alhamdulillah sejuk mata memandang. 

Wednesday, 7 October 2020

Merasai, Menghargai... Syukur Ilahi

Terdiam... tak tergambar perasaan. Rasa gundah menyerbu di dada... nyilunya di hati gagal diterjemah dalam kata. Mata berkaca meluah rasa yang tak mungkin mampu diuangkapkan dengan kata-kata. Tangan yang tadinya kaku perlahan diangkat mendakap dada... ditekap kuat diibarat mahu mengalirkan rasa yang terbungkam di hati... membayangkan andai jejari tangan ini mampu meregut rasa di dalam hati untuk dilontarkan jauh dalam angin yang berlalu pergi.