Thursday, 15 October 2020

Tanaman Laman Rumah

Mr Hubby kekal istiqamah dalam hobi tanaman hiasan di laman rumah. Memang bukan perkara mudah untuk mengekalkan sesuatu tapi tak juga susah jika minat sudah sebati semulajadi. Tanaman pokok-pokok hijau menghiasi laman yang cuma sekangkang kera... alhamdulillah sejuk mata memandang. 

Ini ditambah lagi dengan air terjun buatan menjadikan bunyian pancuran dilaman yang diselang-seli dengan kicau burung-burung disangkar yang berada di sudut hujung. Pokok-pokok menghijau lebih menjadi pilihan dengan tamanan di dalam pasu yang berderetan di dinding taman... sementara pokok-pokok kecil berbungaan berwarna-warni ditanam dalam pasuan pelbagai warna juga. 

Ada botol-botol minuman yang digunapakai untuk dijadikan pasu-pasu bagi menghiasi sangkar burung yang tak penah sunyi dari kicauan. 

Penjagaan... tentunya selain dari siraman air secukupnya, cahaya matahari dan juga baja yang berkala dilaksana. 









No comments:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers