Wednesday 7 October 2020

Merasai, Menghargai... Syukur Ilahi

Terdiam... tak tergambar perasaan. Rasa gundah menyerbu di dada... nyilunya di hati gagal diterjemah dalam kata. Mata berkaca meluah rasa yang tak mungkin mampu diuangkapkan dengan kata-kata. Tangan yang tadinya kaku perlahan diangkat mendakap dada... ditekap kuat diibarat mahu mengalirkan rasa yang terbungkam di hati... membayangkan andai jejari tangan ini mampu meregut rasa di dalam hati untuk dilontarkan jauh dalam angin yang berlalu pergi. 

Aduhai... anganan hanya khayalan sedangkan realiti perlu segera dihadapi. Enggan rasa empati jauh sekali untuk membungkam rasa gundah gulana yang pastinya akan menyasarkan diri. Berpulang aku pada-Mu Ya Ilahi... betapa perancangan-Mu menjangkau akal fikir dan menolak jauh impian untuk mendakap mereka yang dirindui. 

Allahu... betapa besarnya dan agungnya kasih-Mu Ya Ilahi. Inginkan kami kembali kepada-Mu dalam saat kami kealpaan mengecap duniawi. Sungguh, sebesar manapun kasih terbenam pada saudara, juga pada yang tercinta termasuklah anak dari rahim sendiri, ternyata kasih Ilahi Rabbi tidak akan ada tandingnya. 

Musibahkah ini... dugaankah ini ... cabarankah ini... atau sebutlah apa-apa juga kata untuk melunaskan rasa yang tertanggung dalam hati, apa yang pasti hikmah yang tersembunyi di dalamnya melaut untuk diselami. 

Dalam kesunyian bersendiri, mengenang masa-masa silam, ternyata terlalu lalai mengisi ruang yang ada sedangkan apa-apa yang berlaku tidak akan dapat lari dari takdir-Nya. Besarnya nikmat kasih sayang pada mereka yang tiada di sisi dan betapa kerinduan mendalam tidak mampu untuk dihalang... dalam kedekatan terasa kejauhan, suara terdengar dengan wajah terlihat dalam media yang menjadi pengantara namun sentuhan dan pelukan tak mampu untuk dirasakan. Rindu yang tak mampu diterubati... Syukur... aku merasi detik ini dengan rasa penghargaan dalam setiap detik yang ada agar dapat dimanfaat sebaiknya. 

Inilah kita, hari ini yang hadir dari kisah semalam. Hati yang rawan tak terpampan namun mengalah bukan alasan kerana akur bahawa takdir itu tak selalunya indah juga bukan setiap detik bersulam derita. Alhamdulillah.  

 

2 comments:

Unknown said...

Salam puan..lama sye xbaca puan menulis pasal amira..bole sye tahu keadaan die akrg mcm mane puan..

airikamalek said...

Wslm
Terima kasih atas maklum balas dan beri respon yg memberi suntikan semangat utk saya menulis...
InsyaAllah... akan diteruskan utk perkongsian kepada anak-anak, keluarga dan khalayak.

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers