Kasih sayang dalam persahabatan terlalu luas maknanya. Kasih sayang inilah juga yang menjerumuskan diri dalam penggunaan 'minyak kayangan' Young Living. Konon la kayangan tapi bila dah tahu cara dan kegunaan, sesungguhnya ia amat sesuai dimiliki oleh semua orang apatah lagi manfaatnya yang pelbagai... ibaratnya dari hujung kaki hingga hujung rambut, semua boleh dimanfaatkan.
Sungguh... mulanya dalam ragu. Tapi kesungguhan Zila dan Farah yang amat positif menjadikan diri memujuk hati 'jalan terus... redah je'.
gigih kerana sekeping gambar |
Bermula dari tak tahu kena belajar, dah ada kena guna, dah guna kena manfaat... rasa dan nilailah aromanya. Wow...
Pemulaan adalah memiliki PSK - Premium Stater Kit yang di dalamnya mengandungi desert mist diffuser, ada 10 essential oil macam-macam perasa... yang tentunya setiap flavor ada manfaat yang berlainan. Satu demi satu dibelek, rasa sayang mula menyelinap. Sukakan bau lemon, lemongrass dan lavender. Berkali-kali dibelek, dibaca juga manfaatnya.
Mulalah... dari mata turun ke hati, dari hati bercambah cinta. Kasih sayang dalam persahabatan makin menebal dengan kawan-kawan sama-sama menambah ilmu. Saban hari memang ada-ada saja yang ditanyakan yang makin hari menjadikan perkembangan makin menarik.
Kami jadikan ruang rehat selama sejam sebagai masa terbaik untuk berjumpa, berbincang dan bertukar-tukar pandangan. Farah dan Zila memang banyak memberikan kata-kata positif, menyokong untuk terus teguh, menarik tangan untuk berganding bahu dan melangkah seiring mencari sesuatu yang tak pernah kami lakukan dalam ikatan kasih sayang.
Kesungguhan berlandaskan keyakinan, kebersamaan berteraskan kasih sayang dan keikhlasan adalah untuk berjalan seiring maju ke hadapan untuk kesihatan bersama. Jika sebelum ini pertemuan kami seringkali diisi dengan bual bicara kosong namun kini tidak lagi, kami lebih bertumpu kepada kegunaan eo yang ada di hadapan mata.
Ada juga kak Shida dan Nurul serta Nani yang menjadikan suasana lebih sempurna. Ruang santai menjadi perbincangan secara serius... "Yes, kita boleh!"... itulah kata-kata semangat yang selalu Zila lontarkan pada kami... 'mak minyak' yang memang akan membuat kami teruja. Apapun, Young Living mengeratkan kasih sayang kami, persahabatan telah bertukar menjadi fokus kesihatan untuk masa hadapan. Sayang korang!
No comments:
Post a Comment