Hari ini hari sukan SKS1BK. Hanya Ameer yang ada acara, untuk pelajar tahap dua saja. Pelajar tahap satu sukaneka telah dibuat sewaktu hari persekolahan. Ameer join acara perbarisan untuk rumah Bendahara... rumah merah. Pukul 7.00 pagi aku menghantarnya ke sekolah... pukul 8.30 baru aku dan Nina menyusul untuk mengikuti temasya yang ada.
Kali ini dibuat sangat sederhana, dari ucapan guru besar, katanya memandangkan peruntukan yang tak ada jadi gunakalah apa saja yang ada. Mujur khemah, sound system dan beberapa peralatan lain ada yang taja.
Saturday, 27 April 2019
Friday, 12 April 2019
Untuk wanita yang teraniaya... Bangkitlah!
Wanita...
jangan sangka hatinya rapuh
usah nilai jiwanya boleh dirobek sesukanya
biarpun raga nampak tak teguh
namun ombak membadai sanggup diharungnya....
Ya... hari ini.... jiwa begitu terkesan.
Membayangkan... betapa kebahagiaan yang diimpikan berlalu pergi tanpa terjangka... puas sudah menahan, telah lama bersabar namun setiap yang bermula pasti ada penghujungnya. Sebuah ikatan... terurai dan dibiarkan... tautan bukan hanya dengan sebelah tangan tapi perlukan ikatan kejap kukuh dan teguh... ikatan yang disimpulkan dengan lafaz kata, ijab dan kabul...janji dan sumpah setia namun terlerai lantaran rasa sudah tiada, kemanisan bertukar menjadi hempedu, kerinduan tiada lagi dikalbu, segalanya diseliputi sayu dan sendu... Rasa cinta disangka mampu terpatri hingga penghujung usia... lantas menyambung kasih di syurga sana namun belum pun senja melabuhkan tirai, jambangan indah yang seringkali disiram terkulai jua... duri tajam menusuk dalam menumpahkan darah membuka pekung berlagu syahdu... sakitnya... aduh!!!

Friday, 5 April 2019
Coretan PABKL 2019...
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2019 (PABKL) berlangsung pada 29 Mac - 7 April. Memang tiap tahun aku tak akan ketinggalan apatah lagi dah ada anak-anak yang sememangnya menjadi rutin mereka untuk berkunjung.
Kebetulan pula ada penghujung cuti sekolah yang menjadikan Amira, Ameer dan Afrina aku bawa sekali ke pejabat untuk mereka berkunjung ke PABKL. Amira sudah remaja, matang dan sudah arif selok-belok PABKL lantaran saban tahun tak pernah terlepas mengikutinya. Kalau di alam kanak-kanaknya, Angah yang banyak menemani Amira apabila ke PABKL maka kali ini aku lepaskan Amira bersama Ameer dan Nina.

Monday, 25 March 2019
Orang Mergong Mai Rumah Kami...
Cuti sekolah bermula... kebetulan ada kenduri kahwin anak sepupu Mr Hubby di Jalan Klang Lama. Keluarga dari jauh datang... Kak Pah dan abang Li bersama Farhan, disertai Chaq sekeluarga yang menjadikan rumah kami meriah. Rasa seronok sangat bila ada orang datang ke rumah apatah lagi saudara dari jauh... yang jarang datang pula tu kerana kali terakhir kak Pah datang sekitar lapan tahun lalu.
Saturday, 16 March 2019
Santai Petang Di KLSC
Tak ada apa-apa perancangan untuk petang ini... tak ada nak kemana-mana pun, lagilah Mr Hubby pun kerja. Puteri maklumkan nak datang ke rumah kerana Adam rindukan Amani. Adam yang tinggal di tahfiz cuti namun tak berkesempatan untuk menemui kami lantas, mereka akan datang bertiga dengan Achik sekali menaiki lrt.
Sunday, 3 March 2019
Sambutan Hari Lahir Beramai-ramai
Tarikh lahir Afrina 16 Feb sementara Achik 15 Feb manakala Ameer 7 Mac sedangkan Puteri pula 4 Mac. Kebersamaan dan keakraban sejak dari kandungan hinggalah kini menjadikan keraian yang dilakukan bersama. Lagipun lebih ramai... lebih baik, lebih bermakna dan lebih meriah....
Sunday, 24 February 2019
Ke Taman Eko Rimba KL
Dah lama berhasrat nak ke Taman Eko Rimba KL... dapat tahu dari bacaan dalam blog juga, tapi permintaan jarang dapat sambutan dari Mr Hubby hinggalah direalitikan pada petang ini. Cantik... kawasan rimba menghijau di tengah-tengah KL. Santai... nampak dari luaran seakan tak ada apa tapi rupanya di dalamnya terkandung kawasan yang mengujakan untuk dijelajah.
Friday, 8 February 2019
Pulang Ke Utara... Cuti Balik Kampung
Cuti sempena Tahun Baru Cina dimanfaatkan dengan pulang ke kampung. Dah lama kami tak balik Kedah. Kali terakhir pada sambutan Aidilfitri lalu dan kemudiannya hanya adik-beradik yang bertandang ke rumah kami. Kali ini, sempena cuti sekolah yang panjang maka kami luangkan untuk bersama-sama keluarga di Utara.
Perancangan hanya nak balik dalam lima hari, kemudian ditambah ke sehari kerana nak penuhi jemputan kenduri kahwin dan akhirnya kami tambah sehari lagi memandangkan anak-anak belum cukup puas berlama-lama di sana.

Sunday, 20 January 2019
Sayu... ada kepayahan menyapa...
Hati... ada rasa nyilu di situ. Rasa mencucuk tajam menikam yang amat memilukan. Benar... rasa syahdu dimana-mana sekarang ini. Betapa kekuatan dan ketabahan amat diperlukan kala hati yang sekelumit ini diselimuti duka yang lara berpanjangan. Kekecewaan yang terlalu amat atas pelbagai perkara yang berlaku mengundang rasa yang pelbagai. Istigfar mohon diberikan sejuta kekuatan atas setitis kepayahan yang dikirimkan Ilahi sedangkan masih melaut nikmat menghampar yang ada di depan mata.
Monday, 7 January 2019
Selamat Hari Lahir ke-14 Amira
Nur Amira Farhana Binti Abdul
Malik
Buah
hati keluarga…
Jadilah
seperti lebah, matanya hanya nampak bunga-bunga yang cantik untuk dihinggapi,
lantas menghasilkan madu yang manis untuk orang lain
bukan
jadi
seperti lalat yang matanya hanya mencari kekotoran untuk didekati lantas
menyebarkan penyakit yang akan merosakkan kesejahteraan.
Saturday, 29 December 2018
Ammar Farish Tiga Tahun
Ammar Farish... anak keempat genap usia tiga tahun pada penghujung tahun ini. Anak yang keletah, banyak mengusik dan kuat ketawa. Tiada sambutan besar dibuat tetapi kami meraikannya dalam keluarga bersama-sama di Gombak. Ammar ceria.
Dalam pertambahan usia, semoga anak ini kekal sihat dan membesar dengan penuh keimanan dalam berkat Ilahi dari dunia hingga ke akhirat.
Dalam pertambahan usia, semoga anak ini kekal sihat dan membesar dengan penuh keimanan dalam berkat Ilahi dari dunia hingga ke akhirat.
Thursday, 13 December 2018
Menjengah Alma Mater - Universiti Malaya
Semalam, seharian tumpuan adalah untuk berada di Universiti Malaya. Keterujaan untuk bertemu rakan-rakan lama. Pada perancangan awal ramai yang nak datang. Berbelas-belas tapi kemudiannya hanya berlima, dengan Shah dan ditambah Riza lewat petang. Kebetulan Shah yang sentiasa cemerlang dalam akademik sudah menjadi Ketua Jabatan di pusat pengajian kami. Berbangga aku dengan pencapaiannya... rakan baik yang menerajui tempat kami menimba ilmu. Shah ada program santai, bual bicara dengan bekas-bekas pelajar JPM yang berjaya. Khalayaknya adalah para pelajar.
Subscribe to:
Posts (Atom)