Friday, 3 May 2013

Pesta Buku Antarabangsa KL 2013



Tarikh 26 April hingga 4 Mei Pesta Buku Antarabangsa KL di PWTC. Kesibukan pada tugasan menjejaskan diri untuk ‘berpoya-poya’ menikmati bahan bacaan. Namun perancangan dilakukan dengan Jumaat dicuri ruang dalam dua jam untuk membeli bahan bacaan yang baru.

Tuesday, 30 April 2013

Saman…



Apa pilihan yang ada selain ini jalan terakhir yang terpaksa diambil. Jalan perbincangan bertemu ruang buntu, tolak ansur sudah tidak dihargai malah semua janji-janji manis sebelum ini lebur begitu sahaja lantaran haloba menguasai diri. Sayu rasa hati. Sememangnya tidak ada sesiapan pun yang mahu urusan mudah dibawa ke ruang perundangan namun jika inilah jalan yang ada bagi menuntut hak maka ia terpaksa dilakukan.

Saturday, 27 April 2013

Nota Amira



Sejak Amira pandai membaca dan menulis, telah pelbagai tulisan aku terima darinya. Dalam bentuk surat, nota, mesej dan juga berbentuk catata harian. Memang Amira ada buku tulisan harian, disimpannya sendiri dan enggan ditunjukkan pada sesiapa, waima aku. Aku hormati pendiriannya. Namun, dalam usia kecilnya, pelbagai nota yang diterima dan yang aku terbaca membuat aku rasa terharu.

Aku imbas kembali zaman kanak-kanakku, memang aku gemar menulis malah siap ada sebuah buku untuk pelbagai angan-angan yang bermain di mindaku....dan kini Amira turut bersifat sedemikian.

Monday, 22 April 2013

Amira & Taekwando


Hari ini Amira ada ujian. Peperiksaan untuk kenaikan tali pinggang daripada tali pinggang putih ke tali pinggang kuning. Ameer masih belum layak kerana dia tidak fokus. Maklumlah, usianya baru 5 tahun, dan penyertaannya dalam taekwando ini cuma kerana keghairahannya. Amira lebih serius dan tumpuannya kepad pembelajaran jelas terbukti.

Friday, 12 April 2013

Happy Birthday Mr. Hubby



Mr. Hubby dah 37 tahun… tiada sambutan istimewa daripada isterinya kerana sibuk...bukan hanya Mr. Hubby yang sibuk tapi isteri Mr. Hubby pun sangat sibuk juga. Semoga dengan pertambahan usia ini Mr. Hubby akan lebih tenang dan matang dalam berdepan dugaan, paling penting tak marah-marah selalu sebab Mr. Hubby garanggg...hehehe kata anak-anak la....

Sunday, 7 April 2013

Tonsil dan Klinik 1Malaysia



Amira batuk, tidaklah teruk sangat tetapi sudah berlarutan beberapa hari. Pagi ini, selesai kelas taekwando aku merancang membawa Amira ke klinik dan pantas Amira bertanyakan Klinik 1malaysia. Tuturnya, semalam dalam berita Datuk Najib beritahu ada klinik 1Malaysia. Kebetulannya Klinik 1Malaysia tidak jauh dari kediamanku jadi mengapa tidak aku ke sana sahaja daripada ke klinik swasta.

Monday, 25 March 2013

Huda Dijemput Ilahi... Jagalah Kesihatan, Hindar Penyakit Kronik


Hari Jumaat lalu, di tengah malam menjelang pukul 12.00 aku menerima panggilan dari abang Bullah. Memang mengejutkan untuk panggilan telefon di tengah malam apatah lagi ia tidak pernah berlaku kecuali kerana kecemasan…. Benar, khabar yang diberi amat memeranjatkan. Huda meninggal dunia. Innalillahiwainnaialhirajiun… dari Dia kita datang dan kepada-Nya kita kembali.

Thursday, 21 March 2013

Friday, 15 March 2013

Baha Zain – Sasterawan Negara



Hari ini, Baharuddin Bin Zainal atau lebih dikenali sebagai Baha Zain dinobatkan sebagai Sasterawan Negara ke-12 dengan pengumumannya dilakukan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Aku ada kisah peribadi dengan Baha Zain. Tahun 1996, ketika di alam persekolahan dalam tingkatan 6A1, SMHK, aku telah mengenali siapa dirinya. Kertas sastera menempatkan teks puisi Baha Zain ‘Tiga Catatan Perjalanan’ adalah antara teks kajianku bersama dengan karya Usman Awang dan Amir Hamzah. Kemudian, Cikgu Sastera Puan Shamsul Mardiyah berjaya membawa Baha Zain dalam diskusi dalam kelas kami. Sangat menarik. Orangnya sangat sederhana. Penampilannya juga tidak nampak seperti orang ‘besar’ biarpun sudah punya nama. Tubuhnya kurus, kemas dan bersahaja. Tuturnya juga kemas, tidak canggung dan terserlah banyak pengalaman.

Sunday, 10 March 2013

Selamat Hari Lahir Ameer Farhan



Tanggal 7 Mac adalah hari kelahiran Ameer. Genap lima tahun usianya. Keletahnya makin nakal, tabiat suka mengusik dan banyak cakap…. Niat untuk meraikan hari lahir Ameer hanyalah ala kadar tetapi Ameer terlalu banyak bertanya dan sangat bersemangat untuk menyambut hari lahirnya. Pintanya untuk menyambut hari lahir bersama-sama kawan-kawan di sekolah tetapi itu tidak dapat aku penuhi sebaliknya sekadar menyediakan goodies yang eksklusif dengan paparan wajah Ameer. Dia sangat ceria.

Tuesday, 5 March 2013

Gugurnya Perwira Bangsa Demi Kedaulatan Negara


Minggu ini negara dikejutkan dengan insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah yang berpanjangan sehinggakan pertumpahan darah adalah jalan penyelesaiannya. Dalam konteks kemanusiaan tentunya tidak ada sesiapun yang mahu pertempuran berlaku. Bagi angkatan Kesultanan Sulu, mereka masih lagi berpegang dengan sejarah masa lampau sebelum munculnya zaman kolonial sedangkan Sabah sudah berada dalam sekutu Malaysia. Kedaulatan Sabah adalah tanggungjawab kerajaan Malaysia dan tuntutan untuk memiliki kuasa autonomi penuh oleh Kesultanan Sulu sudah tidak relevan. Malah kerajaan Filipina juga menyokong tindakan Kerajaan Malaysia.

Monday, 4 March 2013

Aktiviti Hujung Minggu


Aktiviti kali ini berbeza sedikit sebab masuk dapur.... Permintaan anak-anak untuk dadih dan Ameer paling suka makan dadih. Hari Sabtu buat dadih di rumah, ada empat perisa semuanya tapu buat campur-campur... rasa seronok pula....