Minggu ini negara
dikejutkan dengan insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah yang berpanjangan
sehinggakan pertumpahan darah adalah jalan penyelesaiannya. Dalam konteks
kemanusiaan tentunya tidak ada sesiapun yang mahu pertempuran berlaku. Bagi
angkatan Kesultanan Sulu, mereka masih lagi berpegang dengan sejarah masa
lampau sebelum munculnya zaman kolonial sedangkan Sabah sudah berada dalam
sekutu Malaysia. Kedaulatan Sabah adalah tanggungjawab kerajaan Malaysia dan
tuntutan untuk memiliki kuasa autonomi penuh oleh Kesultanan Sulu sudah tidak
relevan. Malah kerajaan Filipina juga menyokong tindakan Kerajaan Malaysia.
Amat menyedihkan
apabila jalan diplomasi gagal disepakati sebaliknya taktik 'pengecut’
digunapakai oleh penceroboh ini. Umpan mengangkat bendera putih bagi mengaburi
anggota polis sehinggakan dua nyawa yang terkorban. Kemudiannya serang hendap
yang dilakukan di Sempoerna juga mengorbankan nyawa. Lebih dukacita
apabila pertempuran ini berlaku sesama Islam dan serumpun pula... aduhaiii....
Apa yang lebih mengejutkan apabila dikatakan pencerobohan ini adalah didalangi oleh ketua pembangkang di Malaysia.... benarkah? Inilah hasil risikan daripada pihak berkuasa di Filipina, kemudiaan diterbitkan dalam akhbar di negara terbabait dan beberapa media antarabangsa termasuk Reuters. Tergamaknya insan terbabit melempar onar sedemikian. Adakah demi kedudukan, pangkat dan kuasa maka negara menjadi taruhan dan nyawa sebagai galang ganti. Dangkalnya pemikiran jika ia dijadikan sebagai agenda politik walhal sejarah lampau telah tertulis dengan runtuhnya kota Melaka adalah kerana wujudnya pengkhianat bangsa. Adakah wujud Si Kitul moden yang tidak pernah endah dengan sejarah untuk dijadikan tauladan....
Lebih dari itu, luluhnya hati
isteri para pahlawan ini apabila kemudiannya menerima khabar bahawa suami
tercinta telah gugur di medan perang. Ketua keluarga yang menjadi tempat
bergantung hidup, insan meluah rasa, berkongsi cerita dan mencerna segala kasih
dan rindu sudah tiada lagi....
Sayunya apabila menatap wajah anak-anak para
perajurit terbabit. Apa lagi pilihan yang ada selain meredhakan pemergian insan
tersayang walaupun terlalu amat perit. Amat mengharukan apabila semua prajurit terbabit
meninggalkan anak-anak yang masih bersekolah dan ada diantaranya masih kecil untuk
mengerti erti kematian.... Tentunya kelam pandangan, gelap terasa di
sekeliling berdepan kehilangan sedemikian tetapi kuasa Allah SWT melebihi
segala-galanya. Memang kita merancang, Allah SWT juga merancang tetapi
perancangan kita tidak akan mampu melangkaui perancangan Allah yang Maha
Berkuasa. Semoga para prajurit ini ditempatkan bersama golongan beriman disisi-Nya - Al-Fatihah
Wahai perwira,
Gugurmu penuh jasa
Baktimu tidak
akan dilupa
Perjuangan dan
kedaulatan sebuah nusa
Diganti dengan
darah mengalir tanpa noda.
Aduhai para
isteri
Tabahlah menempuh
dugaan Ilahi
Biarpun hilang
namun tidak akan pernah terganti
Kasih suami kekal
hingga ke mati
Tiada di mata
namun tetap abadi di hati.
Oh anak-anak
sekalian,
Hilang ayahanda
usahlah tiada karuan
Hindarkan tangis,
jangan nestapa, buanglah segan
Tebuslah dengan semangat juang dan pengorbanan
Perkukuh diri,
bina minda teguhkan iman
Bela bondamu dan keluarkanlah dari penderitaan
Semoga kelak
dirimu jadi contoh juga ikutan
Turut berbakti pada agama, bangsa dan negara sebagai pahlawan.
2 comments:
al fatihah untuk mereka
syahdu hati...dua lagi perajurit gugur...semoga jannah tempat mereka...
Post a Comment