Hari Jumaat lalu, di
tengah malam menjelang pukul 12.00 aku menerima panggilan dari abang Bullah.
Memang mengejutkan untuk panggilan telefon di tengah malam apatah lagi ia tidak
pernah berlaku kecuali kerana kecemasan…. Benar, khabar yang diberi amat memeranjatkan.
Huda meninggal dunia. Innalillahiwainnaialhirajiun… dari Dia kita datang dan
kepada-Nya kita kembali.

Huda memang suka mengusikku, malah ramah dengan sesiapa saja
termasuklah Mr.Hubby juga. Kali terakhir kami bertemu semasa kenduri arwah
abang Cici, tapi ketika itu dia hanya menyalami aku dan berpamit untuk pulang,
tanpa gurauan seperti sedia kala. Ketika aku mengadakan majlis bersama
adik-beradik pada 1 Muhrram lalu pun dia tidak hadir biarpun kak Piah dan
adiknya turut bersama, begitu juga dua minggu lalu ketika kak Piah bertandang
ke GJC, Huda tidak turut serta.

Dalam amalan seharian, ditambah dengan kehidupan moden,
pemakanan dan aktiviti tidak seimbang. Makanan menjadi terlalu mudah, terhasil
daripada bahan proses dan lebih mudah makanan segera yang mengandungi lebih
banyak mudarat daripada manfaat. Belum lagi diambil kira dengan makanan awet,
berasid, sayuran yang mengandungi bahan kimia malah memakan daging juga boleh
menjadi racun lantaran proses penternakannya yang lebih cepat daripada biasa. Makanan
yang manis, dan kurangnya minum air suam, barangkali nampak remeh tetapi
pelbagai perkara kecil jika diabaikan akan mengundang kemudaratan.

Seorang pakar pernah memberitahu: sekiranya kita tidak
mempunyai masa untuk melakukan senaman dan menjaga kesihatan maka kita perlu
bersedia menyediakan ruang masa untuk masa sakit kita….
Untuk Allahyarham Huda, perginya dalam usia 39 tahun dan
semoga Allah SWT menempatkan rohnya bersama-sama orang-orang yang beriman di
sisi-Nya.
No comments:
Post a Comment