Apa pilihan yang
ada selain ini jalan terakhir yang terpaksa diambil. Jalan perbincangan bertemu
ruang buntu, tolak ansur sudah tidak dihargai malah semua janji-janji manis
sebelum ini lebur begitu sahaja lantaran haloba menguasai diri. Sayu rasa hati.
Sememangnya tidak ada sesiapan pun yang mahu urusan mudah dibawa ke ruang
perundangan namun jika inilah jalan yang ada bagi menuntut hak maka ia terpaksa
dilakukan.
Awalnya
pembatalan dilakukan dan kami hanya meminta wang yang kami telah belanjakan
untuk pelbagai urusan termasuk deposit awal dipulangkan sahaja. Malangnya
balasan yang diterima cuma sebahagian sahaja wang yang mahu dipulangkan. Sudahnya
aku minta nasihat dari pengamal undang-undang yang aku kenali.
Dua pilihan
diberikan sama ada teruskan penjualan atau tuntutan wang dengan pelbagai caj
termasuk kerugian yang aku alami. Namun dia masih enggan beransur sehinggakan
tindakan saman dibuat.
Kecewa... amat
terkilan. Namun inilah lanjutannya. Nasihat yang aku terima dari pengamal
undang-undang ini, Insya-allah aku akan dapat kembali wang yang aku telah
gunakan sepenuhnya dan mungkin juga termasuk kos ganturugi yang telah aku lalui
selama ini. Namun ruang waktu yang lebih lima tahun berlalu dan untuk kami
mencari apa yang telah kami ‘hilang’ amat payah.
Mr. Hubby pasrah.
Tidak banyak omelnya yang turut memaksa aku juga tidak merungut. Diam Mr.Hubby
penuh dengan rasa kesal namun aku kenal dirinya. Tidak diluah barangkali kerana
mahu mengubati rasa gundah aku sendiri.
Pengajaran yang
diambil: redha dengan rezeki dari-Nya. Jika masih belum rezeki kami maka
usahakanlah bagaimana sekalipun maka tidak akan ia menjadi mulik kami.
Kesyukuran dipanjatkan kerana masih banyak lagi rezeki dan anugerah dari-Nya
kepada kami biarpun yang sekelumit ini tidak menjadi. Bukan rezeki kami untuk
memilikinya....
No comments:
Post a Comment