Friday, 12 April 2013

Happy Birthday Mr. Hubby



Mr. Hubby dah 37 tahun… tiada sambutan istimewa daripada isterinya kerana sibuk...bukan hanya Mr. Hubby yang sibuk tapi isteri Mr. Hubby pun sangat sibuk juga. Semoga dengan pertambahan usia ini Mr. Hubby akan lebih tenang dan matang dalam berdepan dugaan, paling penting tak marah-marah selalu sebab Mr. Hubby garanggg...hehehe kata anak-anak la....


Hadiah Mr. Hubby dah disediakan lebih awal. Malam 11 April barulah aku berkesempatan untuk membalutnya. Itu pun ditengah malam selepas aku melunaskan kerja di Putrajaya dan bergegas sebelum Mr. Hubby pulang ke rumah. Di tengah malam aku menyelongkar, mencari pembalut hadiah. Amira dan Ameer telah lena dibuai mimpi sedang Nina sangat becok bertanyakan itu ini. Lantas pada Nina aku tunjukkan hadiah untuk abahnya, seutas jam tangan. Nina turut bersorak walaupun dalam usia yang masih kecil seolah-olah amat teruja. 

Selesai semuanya aku letakkan hadiah yang telah berbalut di tepi tv dan selepas hampir satu jam kemudian Mr. Hubby pulang ke rumah, di sambut Nina yang dengan galak memberitahu, "hadiah untuk abah, mama bagi jam tangan...." Ishhh... dah kantoi laaa, tak adalah kejutan... jadinya aku tarik selimut dan terus lena.... 




No comments:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers