Monday, 22 April 2013

Amira & Taekwando


Hari ini Amira ada ujian. Peperiksaan untuk kenaikan tali pinggang daripada tali pinggang putih ke tali pinggang kuning. Ameer masih belum layak kerana dia tidak fokus. Maklumlah, usianya baru 5 tahun, dan penyertaannya dalam taekwando ini cuma kerana keghairahannya. Amira lebih serius dan tumpuannya kepad pembelajaran jelas terbukti.

Peperiksaan Amira berlangsung di Sekolah Rendah Jalan Raja Muda, Kampung Baru. Amira bersedia dan dia akui memang gemuruh berdepan dengan ujian pertama dalam seni mempertahankan diri. Aku tidak letakkan harapan tinggi untuk Amira dalam seni ini, namun sekurang-kurangnya dia ada kelebihan atau pengalaman berbeza.

 












No comments:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers