Hari ini genap usia Ammar sebulan. Badannya makin berisi, tubuhnya makin tegap sementara kesihatan aku pula semakin beransur pulih.
Berat badan Ammar juga dah bertambah menjadi 4.67 kg berbanding ketika kelahirannya hanya 2.95 kg sahaja. Hari ini juga Ammar mengambil suntikan susulan sebagaimana sebulan usianya.
Alhamdulillah sepanjang sebulan ini Ammar mudah dijaga, tidak banyak kerenahnya dan ragamnya juga mudah difahami. Menangis apabila lapar, diberi susu diamlah dia. Tukar pampers dan puas menyusu tidur semula. Ammar juga amat serasi dengan suasana, tidak kisah bunyi bising sekeliling malah mudah pula tersenyum yang tentunya menenangkan diri.
Thursday, 28 January 2016
Thursday, 21 January 2016
Majlis Cukur Jambul & Kesyukuran
Majlis cukur jambul dan kesyukuran Ammar Farish diadakan genap usianya 26 hari. Secara taknikalnya ini bukan majlis kami kerana abang Kamal yang menjadi tuan rumah dan berkenduri sementara kami dipelawa dengan sesungguh hati.
Abang Kamal adakan majlis bersama kumpulan tarekatnya di rumahnya, kakak Yeye yang masak dan aku telah dipelawa untuk mengadakan majlis cukur jambul Ammar dalam kemeriahan kenduri ini. Kebetulannya semua adik-beradik berkumpul bersama di kala ini.
Abang Kamal adakan majlis bersama kumpulan tarekatnya di rumahnya, kakak Yeye yang masak dan aku telah dipelawa untuk mengadakan majlis cukur jambul Ammar dalam kemeriahan kenduri ini. Kebetulannya semua adik-beradik berkumpul bersama di kala ini.
Thursday, 7 January 2016
Amira Sudah 11 Tahun
Hari ulang tahun kelahiran Amira Farhana ke-11 tahun. Kali ini tanpa apa-apa persediaan atau hidangan kek sebagaimana biasa lantaran keadaan aku yang baru sahaja bersalin. Apatah lagi kesibukan dengan sesi persekolahan yang baharu bermula dan kesemuanya terpaksa dilakukan oleh Mr Hubby.
Friday, 1 January 2016
Tahun Baru 2016
Selamat menyambut kedatangan tahun baru 2016. Tentunya sepanjang tahun 2015 menjadi penilaian bagi berdepan dengan tahun baru. Bukan nilai usia yang jadi perhitungan namun pencapaian dan keputusan atas apa yang telah dilalui selama ini jadi pertimbangan.
Tuesday, 29 December 2015
Kelahiran Ammar Farish
Tarikh 28 Disember, genap usia kandungan 40 minggu. Memang aku tak ada sebarang tanda-tanda untuk bersalin namun memandangkan usia kandungan yang telah mencapai tempoh maksimum maka sebarang risiko tidak mahu diambil. Sudahnya, pukul 10 pagi aku sudah menghuni bilik bersalin bertemankan Mr. Hubby.
Saturday, 12 December 2015
Ulang Tahun Perkahwinan ke-13
Sungguh, kesibukan berdepan dengan tugasan di pejabat merencatkan ingatan pada tarikh 12 Disember, apatah lagi dalam keadaan diri sarat berbadan dua. Namun Mr. Hubby tak lupa... begitu juga anak-anak yang semakin membesar.
Tuesday, 8 December 2015
Kandungan 37 Minggu
Perut semakin sarat, badan terasa berat... untuk berjalan banyak pun tak lagi larat. Tapi itu tak bermakna yang aku perlu duduk diam sahaja atau jadikan kehamilan yang ranum ini sebagai satu kesempatan tanpa berbuat apa-apa. Tugasan harian di pejabat tidak aku ambil lewa malah hal-hal anak-anak juga masih menjadi perkara utama.
Sunday, 29 November 2015
Bapak dan Kesihatannya
Keadaan kesihatan bapak semakin positif, walaupun tidak sesihat sebagaimana sebelum ini namun bapak sudah semakin kuat. Paling penting selera makan bapak sudah kembali, namun perlu sentiasa dikawal agar tidak kurang atau tidak terlebih dari sepatutnya. Lebih utama bapak sudah boleh menunaikan solat lima waktu walaupun dalam keadaan duduk. Tiub kencing masih menjadi peneman bapak kemana sahaja, tetapi yang pasti bapak sudah boleh bangun sendiri, duduk dan makan sendiri dengan berjalan ke meja makan.
Sunday, 15 November 2015
Konsert Tahunan Afrina - 5 Tahun
Hari ini adalah konsert tahunan untuk Afrina. Memang dia sangat bersemangat untuk bersama rakan-rakannya dalam konsert yang diadakan di Kompleks Kejiranan Presint 16, Putrajaya. Kali ini bertemakan 'Saya anak Malaysia'. Nina berbaju tradisional Cina, menari bersama dalam lagu popular Cina.
Thursday, 22 October 2015
Bapak Menghuni Wad Lagi...
Menemani bapak yang menghuni katil 22, wad 7B dengan keadaannya yang tidak selesa. Kali ini bapak masuk wad bukan kerana sakit perut sebagaimana kebiasaan, juga tidak sebab goutnya dan bukan kerana kencingnya yang tidak lawas. Bapak susah nak makan... payah benar nak minum dan seleranya juga sudah tiada. Garam dalam badan bapak terlalu rendah, bacaan darahnya juga tak stabil.
Sunday, 18 October 2015
Inilah Harinya...
Lima tahun berlalu, akhirnya aku dapat capai impian untuk mengengam Ijazah Sarjana. Sungguh, keinginan ini amat sangat aku impikan. Bukan untuk penilaian kerjaya atau untuk kebanggaan diri sebaliknya ia adalah satu kepuasan yang tersendiri.
Sebagai insan yang lahir dalam keluarga susah tentunya kemahuan dalam mengubah asipirasi keluarga adalah satu-satunya yang diingini. Aku sedar... dalam dunia ini selain harta dan kekayaan maka ilmulah yang akan meninggikan taraf kehidupan seseorang. Untuk mengumpulkan wang berjuta tentunya aku tidak upaya namun aku yakin akan dapat mencapai melalui pertambahan ilmu. Insya-Allah sekiranya ada usaha semua itu dapat dicapai sempurna.
Sebagai insan yang lahir dalam keluarga susah tentunya kemahuan dalam mengubah asipirasi keluarga adalah satu-satunya yang diingini. Aku sedar... dalam dunia ini selain harta dan kekayaan maka ilmulah yang akan meninggikan taraf kehidupan seseorang. Untuk mengumpulkan wang berjuta tentunya aku tidak upaya namun aku yakin akan dapat mencapai melalui pertambahan ilmu. Insya-Allah sekiranya ada usaha semua itu dapat dicapai sempurna.
Wednesday, 7 October 2015
Keuzuran Bapak Bertambah
Dari sehari ke sehari, kesihatan bapak makin merosot. Wajah bapak makin cengkung, tubuhnya makin susut dan selera makannya juga terbantut. Bapak tak larat nak berdiri sendiri, berjalan pun tak mampu lagi tanpa dipapah.
Pemantauan untuk kesihatan bapak perlu dilakukan dengan rapi. Bapak perlu makan tepat pada masanya, tidak boleh lambat, tidak boleh banyak dan jangan pula kurang. Air kosong perlu sebanyak yang boleh agar badan bapak 'bersih'.
Pemantauan untuk kesihatan bapak perlu dilakukan dengan rapi. Bapak perlu makan tepat pada masanya, tidak boleh lambat, tidak boleh banyak dan jangan pula kurang. Air kosong perlu sebanyak yang boleh agar badan bapak 'bersih'.
Subscribe to:
Posts (Atom)









