Perut semakin sarat, badan terasa berat... untuk berjalan banyak pun tak lagi larat. Tapi itu tak bermakna yang aku perlu duduk diam sahaja atau jadikan kehamilan yang ranum ini sebagai satu kesempatan tanpa berbuat apa-apa. Tugasan harian di pejabat tidak aku ambil lewa malah hal-hal anak-anak juga masih menjadi perkara utama.
Memasuki usia kehamilan 37 minggu Mr Hubby sukarela sedia menjadi pemandu untuk menghantar dan menjemputku ke pejabat. Itu terlalu amat dihargai apatah lagi berdepan dengan jalan yang sesak dan dalam suasana kesibukan sempena persidangan di pejabat.
Alhamdulillah, kesihatan diri masih yang terbaik. Tidak ada sebarang komplikasi atau apa-apa alahan sepanjang diri berbadan dua ini, malah aku masih aktif seperti biasa. Semoga dipermudahkan segala keadaan dengan aku terus sihat walafiat dan dapat melahirkan dengan selamat... Insya-Allah.
No comments:
Post a Comment