Tarikh 28 Disember, genap usia kandungan 40 minggu. Memang aku tak ada sebarang tanda-tanda untuk bersalin namun memandangkan usia kandungan yang telah mencapai tempoh maksimum maka sebarang risiko tidak mahu diambil. Sudahnya, pukul 10 pagi aku sudah menghuni bilik bersalin bertemankan Mr. Hubby.
Apa perasaan aku... aduhai... pelbagai rasa yang hadir menyelinap di kalbu. Tak mampu aku luahkan dengan kata-kata kerana aku maklum tentunya Mr Hubby juga berperang dengan pelbagai rasa.
Denyut jantung baby diperiksa, tekanan darahku diambil, kedudukan baby dan bukaan pintu rahim. Syukur semuanya normal dan bukaan rahim baru 2 cm. Keputusan dibuat aku perlu induice.... Ini pengalaman pertama induice untuk anak yang keempat. Anak pertama ceaser, kedua normal walaupun lebih hari, anak ketiga yang amat mudah dan ini untuk pengalaman anak keempat.
Pukul 11 pagi ubat untu induice mula dimasukkan namun aku masih tak terasa sakit hinggala ke pukul 2.30 petang apabila air ketuban pecah dan tindakbalas makin terasa. Allahuakhbar... hanya Allah yang tahu bagaimana peritnya namun syukur tempoh sakitnya tak lama dan aku bersalin dengan mudah tepat pukul 4.12 petang.
Lahirlah bayi lelaki yang bersih dan gebu dengan tangisan memecah suasana. Kelegaan tak mampu digambarkan saat bayi kecil ini ada dalam dakapan di dadaku.
Inilah anak keempat yang lahir dari rahimku, Ammar Farish. Semoga kelak akan menjadi anak yang soleh dan berbakti untuk agama, bangsa dan negara.
Syukur Ya Allah... syukur pada-Mu yang sentiasa memudahkan laluan atas segala perancangan yang ada. Alhamdulillah!!!
No comments:
Post a Comment