Majlis cukur jambul dan kesyukuran Ammar Farish diadakan genap usianya 26 hari. Secara taknikalnya ini bukan majlis kami kerana abang Kamal yang menjadi tuan rumah dan berkenduri sementara kami dipelawa dengan sesungguh hati.
Abang Kamal adakan majlis bersama kumpulan tarekatnya di rumahnya, kakak Yeye yang masak dan aku telah dipelawa untuk mengadakan majlis cukur jambul Ammar dalam kemeriahan kenduri ini. Kebetulannya semua adik-beradik berkumpul bersama di kala ini.
Aku berbesar hati. Majlis berlangsung lancar dan meriah, ada marhaban dan paluan kompang dalam majlis ini. Alhamdulillah.
No comments:
Post a Comment