Thursday, 28 January 2016

Ammar Farish Genap Sebulan

Hari ini genap usia Ammar sebulan. Badannya makin berisi, tubuhnya makin tegap sementara kesihatan aku pula semakin beransur pulih.

Berat badan Ammar juga dah bertambah menjadi 4.67 kg berbanding ketika kelahirannya hanya 2.95 kg sahaja. Hari ini juga Ammar mengambil suntikan susulan sebagaimana sebulan usianya.

Alhamdulillah sepanjang sebulan ini Ammar mudah dijaga, tidak banyak kerenahnya dan ragamnya juga mudah difahami. Menangis apabila lapar, diberi susu diamlah dia. Tukar pampers dan puas menyusu tidur semula. Ammar juga amat serasi dengan suasana, tidak kisah bunyi bising sekeliling malah mudah pula tersenyum yang tentunya menenangkan diri.


Bagi diri aku juga, tempoh sebulan berpantang dipenuhi sebaiknya. Mandian daun serai wangi dan bertungku, juga selesai berurut tiga hari berturut-turut berserta sauna. Cuma alahan yang perlu aku lalui sehinggakan tidak dapat berbengkung rapi lantaran gatal-gatal dan merah yang timbul di tubuh. Pemakanan aku ikut dengan teratur agar kesegaran tubuh kembali dan kesihatan kekal hingga akhir hayat. Sememangnya kehadiran kak Hamda banyak memudahkan urusan harianku sepanjang tempoh ini. Alhamdulillah.



No comments:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers