Thursday, 22 October 2015

Bapak Menghuni Wad Lagi...

Menemani bapak yang menghuni katil 22, wad 7B dengan keadaannya yang tidak selesa. Kali ini bapak masuk wad bukan kerana sakit perut sebagaimana kebiasaan, juga tidak sebab goutnya dan bukan kerana kencingnya yang tidak lawas. Bapak susah nak makan... payah benar nak minum dan seleranya juga sudah tiada.  Garam dalam badan bapak terlalu rendah, bacaan darahnya juga tak stabil.


Setelah melalui pelbagai pemeriksaan, doktor kata bapak kena minor strok. Walaupun secara lahiriah anggota badan bapak boleh berfungsi seperti biasa dengan lemahnya tetapi strok ini menganggu sistem pemakanan bapak malah untuk bercakap pun sudah terasa payahnya.

Sudahnya, bapak terpaksa menggunakan tiub yang dimasukkan terus dari saluran hidung hingga ke perut bagi proses pemakanan. Bapak hanya minum susu dan air kosong menerusi tiub sahaja... dan keadaan ini akan berlarutan untuk beberapa ketika.

Memang bapak sangat tak selesa. Namun tiada pilihan yang dapat dibuat. Sudahlah tiub untuk makan melalui saluran hidung, tangan pula bercucuk untuk saluran air sementara saluran kencing berfungsi seperti biasa....

Kasihan bapak... semoga kesihatannya dikembalikan Allah SWT dan bapak tabah berdepan dugaan ini. Allahuakhbar!

No comments:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers