Saturday, 28 September 2019

Melayani Ameer Untuk UPKK

Melayani kerenah Ameer... anak teruna yang semakin cepat membesar namun tahap kematangannya masih jauh berbeza jika mahu dibandingkan dengan Amira di ketika usia sebegini. Ya, jangan membandingkan anatar mereka, dari segi jantina pun sudah berbeza apatah lagi gaya pemikitan dan tahap keupayaan masing-masing. Perhatian kali ini tertumpu banyak kepada Ameer memandangkan dia bakal berdepan UPKK.

Saturday, 21 September 2019

Menghadiri Syarahan Kijang Kencana 2019 Oleh Ku Li


Terharu pada ingatan Prof Dr Azizah yang saban tahun menjemputku hadir ke acaranya, maka kali ini aku realitikan.... Acara PUSPA - Persatuan Kemajuan Wanita Kelantan di Kuala Lumpur dan Selangor diadakan di kediaman YBM Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li).

Pada mulanya aku bersama Fiza... rakan yang seangkatan semasa di UM, sekarang bergelar pensyarah di Xieman University namun saat-saat akhir dia memaklumkan tak dapat hadir lantaran ada mesyuarat berkaitan subjek baru yang perlu dihadirinya. Jadi sebagai peneman aku bawa Amira bersama. Selain mendedahkan dia kepada dunia luar, dapatlah juga dia melalui acara orang dewasa sekarang ini.

Friday, 16 August 2019

Tazkirah Jumaat: Jaga Perilaku Dan Akhlak

Alhamdulillah... pagi ini dilapangkan masa dan dapat join kawan-kawan lain yang telah dahulu mengadakan majlis ilmu saban Jumaat. Dimulai dengan bacaan Yaasin dan surah Al-Kahfi, kemudian diisi sedikit ruang dengan tazkirah sebagai pengisisn rohani buat kami yang bakal meneruskan kerja.

Ustaz Shamsul Najmi membimbing kami, menitiskan ilmu yang dimilikinya untuk kami sama-sama merasai betapa banyaknya hal-hal yang perlu dikongsi bersama.

Tuesday, 2 July 2019

Hari Lahirku ke-42... Alhamdulillah

Allahuakhbar... alhamdulillah. Aku genap 42 tahun. Nikmat apa lagi yang aku nak dustakan atas selaut kegembiraan yang diberi berbanding kedukaan yang cuma sekelumit. Ya, dengan bertambah usia kali ini... kesyukuran dipanjatkan kepada Ilahi... lengkap hidupku dalam putaran kehidupan manusia. Akulah dulu seorang anak... kini sudah tidak berpunya ibu dan bapa lagi sebaliknya kini akulah ibu kepada lima orang cahaya mata.

Sunday, 30 June 2019

Aidilfitri... sanak saudara & rakan taulan

Aidilfitri terus dirai... kan Syawal sebulan. hubungan silaturrahim mahu terus diperkukuh... yang jauh didekatkan, yang dekat dipereratkan. Memang, biarpun ada yang jauh dan gagal berkesempatan untuk bersama namun ingatan tidak pernah pudar malah kasih sayang semakin bertambah.

Benar, semakin lanjut usia, terasa imbauan kenangan bersama sanak saudara dan rakan-rakan semakin kerap bermain di mata. Betapa aku kini menjadi insan yang terlalu menghargai sebuah hubungan, ikatan bersama semua terasa ingin diperkukuh.

Monday, 10 June 2019

Merai Aidilfitri - Silaturrahim Bersama Keluarga

Benar, berbezanya sambutan Aifilfitri tanpa ada lagi ibu ayah. Di Harmonis atau di Mempelam, suasananya tetap sama, terasa hiba dan sayu di hati sedangkan ingatan tergambar jelas memori lampau bersama mereka. Aduhai hati.... Aidilfitri masih perlu terus diari kerana kami ada anak-anak, ada adik-beradik, ada saudara mara, ada rakan taulan, ada jiran tetangga biarpun sudah tiada ibu dan ayah.

Wednesday, 5 June 2019

Selamat Hari Raya Aidilfiri

Salam Aidilfitri, maaf zahir dan batin. 
Ikhlaskan diri menerima dan memberi
memaafkan dan memohon kemaafan
hindari rasa iri, buangkan hasad dengki
hilangkan segala prasangka dan jauh hati
kejernihan diharapkan pada sebuah ikatan
dalam rumahtangga, sesama saudara, 
rakan taulan, jiran tetangga juga sesama insan
Mohon pada Ilahi
rahmati kami pada hari kemenangan ini
untuk dosa semalam, hari ini dan dalam perjalanan hari esok 
hinggalah ke akhir nanti.

Friday, 31 May 2019

Imarah Majlis Khatam Quran Buddies

Alhamdulillah rakan-rakan di pejabat dapat sepakat menghabiskan tadarus al-Quran sepanjang Ramadan dengan masing-masing mengambil bahagian dalam 30 juzuk al-Quran. Kemucaknya, majlis khatam secara sederhana dengan harapan keberkatan diperoleh.

Majlis yang dirancang kecil-kecilan menjadi meriah dengan kehadiran ustaz jemputan Al-Fadhil Ustaz Hairul Amin Madon. Kak Ai menguruskan jemputan ustaz ini... dan lebih meriah ada pula bunga telur yang ditaja oleh Ina... Terima kasih korang....

Sunday, 12 May 2019

Indahnya Ramadan... Iftar Bersama Tetamu Di Rumah

Alhamdulillah... iftar hari minggu disangka kan hanya sekeluarga di rumah namun tanpa perancangan rakan-rakan yang akrab datang bertandang. Semuanya berlangsung tiba-tiba... kak Shida kata nak datang rumah hantar baju, nak datang petang... kebetulan waktu itu ada Farah bersama kami yang lantas Farah bertanya kenapa pula kak Shida nak datang... nak datang juga.... Kecil tapak tangan nyiru kami tadahkan... jomlah berbuka puasa sama-sama... memang aku suka sangat ada orang datang rumah, juga tentunya Mr Hubby yang akan berbesar hati menerima tetamu apatah lagi untuk iftar di rumah kami.

Tuesday, 7 May 2019

Amira Dan Rheumatic: Refer Ke Hospital Serdang... Erk...

Rawatan untuk rheumatic fever atau radang sendi yang menyelimuti Amira masih berterusan. Tahun kelima selepas dia disahkan mendapat penyakit yang sangat rare ini.  Suntikan setiap 28 hari masih berterusan malah perlu dilakukan sehinggalah Amira berusia 21 tahun. Sekarang baru 14 tahun yang bermakna ada berbaki tujuh tahun lagi.

Pemeriksaan susulan di hospital juga masih berlanjutan, setahun dua kali perlu ada pemeriksaan penuh kepada seluruh anggota badannya, khususnya organ dalaman. Hati jantung dan buah pinggang. Ambil darah dan echo sudah seakan sebati dengan Amira selepas melaluinya saban tahun sejak 2014. Dia semakin matang, memahami apa yang dihadapinya. Pesanku padanya, redha dan syukur... redha atas ketentuan Allah dan syukur dalam sakit masih ada ubatnya malah masih dapat menjalani kehidupan seperti biasa.  

Thursday, 2 May 2019

Tahniah Didi... Konvokesyen dan Percutian Di JB

Awal-awal lagi abang Hakim dah maklumkan tarikh konvokesyen Didi di UTM pada 30 April. Kami memang merancang untuk meraikannya. Alang-alang je Johor, teruslah bercuti di JB apatah lagi kami semua tidak pernah menjelajah Selatan tanah air. Dengan tarikh konvo yang telah muktamad, perancangan dibuat... anak-anak yang bersekolah semuanya 'ponteng' kerana konvo adalah antara hari yang penting dalam hidup. Itulah satu kejayaan atas usaha yang telah dilakukan... dari kecil, alam tadika, sekolah rendah dan sekolah menengah tentunya tujuan utama adalah untuk ke menara gading. Lantaran itu, hari penganugerahan adalah satu pengiktirafan atas kejayaan bergelar pelajar selama ini. Tahniah Didi... alhamdulillah, berjaya dalam usaha yang lelah dan tentunya penuh mencabar.

Saturday, 27 April 2019

Temasya Sukan SKS1BK 2019 Ameer

Hari ini hari sukan SKS1BK. Hanya Ameer yang ada acara, untuk pelajar tahap dua saja. Pelajar tahap satu sukaneka telah dibuat sewaktu hari persekolahan. Ameer join acara perbarisan untuk rumah Bendahara... rumah merah. Pukul 7.00 pagi aku menghantarnya ke sekolah... pukul 8.30 baru aku dan Nina menyusul untuk mengikuti temasya yang ada.

Kali ini dibuat sangat sederhana, dari ucapan guru besar, katanya memandangkan peruntukan yang tak ada jadi gunakalah apa saja yang ada. Mujur khemah, sound system dan beberapa peralatan lain ada yang taja.