Wednesday, 20 February 2013

Hebatnya Khasiat Kurma

Membaca tulisan berkaitan kurma memang aku tak nafikan betapa tinggi khasiatnya malah ia menjadi makan rutin harian aku setelah melalui pengalaman yang amat menyakitkan belasan tahun lalu. Lantaran gagal menjaga pemakanan dan tidak teratur dalam pengurusan masa maka aku diserang gastrik yang teruk. Sakitnya amat terasa lantas aku terbaca petua yang mudah iaitu merendamkan kurma dalam susu panas dan ia dijadikan amalan. Alhamdulillah aku sembuh dari kesakitan terbabit dan tidak pernah berulang hingga ke hari ini.

Sunday, 17 February 2013

16 Februari… Happy Birthday Nina…muahhhs


Tiga tahun lalu, selepas subuh aku melahirkan seorang bayi perempuan bernama Nur Afrina Farisha (Nina). Alhamdulillah, mudahnya melahirkan Nina... tanpa perlu menanggung sakit yang lama dan tak ada sebarang kerumitan. Mudahnya aku mengandungkannya dan mengeleknya ke sana ke mari selama sembilan bulan, begitu jugalah kelahirannya.

Jika diimbas, aku mula mendapati kelainan pada diriku ketika sambutan Hari Keluarga di ILMU, Janda baik pada tahun 2009. Dalam perjalanan pulang, Mr. Hubby terpaksa berhenti di tepi jalan kerana aku merasa mual selepas turun dari Kg. Janda Baik. Ketika itu usia Amira empat tahun dan Ameer pula baru setahun setengah malah masih menyusu badan tetapi rezeki dari Allah SWT amat besar.

Wednesday, 13 February 2013

Percutian di Lanjut Beach Resort, Rompin



Bercuti lagi... kali ini ke Pantai Timur pula sebab tak pernah ada perjalanan bersama keluarga ke sana. Tiga kenderaan bersama abang Hakim dan abang Bullah. Tempatnya memang menarik, ala-ala suasa kampung pula berada di dalam chalet. Tiba di sana hujan turun dengan lebat tapi itu tak mematikan mood untuk menikmati percutian. Hujan lebat dianggap sebagai satu pengalaman baru apabila kanak-kanak terus bermandi hujan di laman chalet dan berlarian menuju ke kolan renang. Laut penuh gelora, tidak mesra untuk disapa pengunjung. Angkuh deburan ombaknya, mengganas menggulung pepasir pantai....

Sunday, 10 February 2013

Husin, Moon & Jin Pakai Toncit



Cuti Tahun Baru Cina Mr. Hubby tutup kedai dan dipelawanya kami menonton wayang ‘Husin, Moon & Jin Pakai Toncit’. Memang Mr. Hubby peminat cerita Mamat Khalid sebagaimana ‘Zombi Kampung Pisang’ dan ‘Hantu Kak Limah Balik Rumah’ yang turut berkait. Paling teruja tentulah anak-anak. Perancangan dibuat dengan aku telah memastikan masa tontonan di Alamanda. Kami membeli tiket seawal pukul 11.00 pagi untuk menonton pukul 12.10 tengahari. Pilihan yang ada tempat duduk di barisan ketiga hadapan kerana semuanya dah penuh.

Saturday, 9 February 2013

Kelas Kreatif Bersama Anak-anak


Cuti hujung minggu diisi dengan aktiviti kreatif yang sememangnya anak-anak suka. Amira dah lama minta realitikan aktiviti dalam buku ‘Reka Cipta’ yang dibelinya di sekolah. Janjiku saban hari tunggu hujung minggu dan ia dapat direalisasikan bersama Angah, Ameer dan Nina yang lebih banyak bertanya.

Ruang dan peluang diberikan sepenuhnya pada mereka untuk bermain dengan warna air, malah gunakanlah apa saja yang ada di sekeliling untuk dijadikan bahan kreatif. Batu, daun, tisu dan bahan terbuang jadi pilihan untuk diwarnakan. Hasilnya tidaklah seindah mana tapi nilai kebersamaan dan kualiti masa diluangkan amat tinggi, itu sudah memadai....

Friday, 8 February 2013

Menganyam Impian



Dalam ruang yang terhad masih ada kekosongan yang perlu dimampatkan untuk diisi dengan impian tertangguh yang boleh direalitikan. Nampak payah, terasa sukar tetapi apabila dianyam amat terasa keindahannya dengan akhirnya bergaul harmoni menciptakan satu kepuasan yang payah diluah....

Aku mengejar ruang yang sempit dengan mendisiplinkan diri untuk mematuhi setiap aturan yang ada. Tuntutan pada keluarga, tanggungjawab pada kerjaya dan impian yang masih belum terlaksana. Biarlah, walaupun sesekali aku harus lewat beransur dari pejabat tetapi matlamat perlu disempurnakan. Kesibukan kerjaya aku manfaatkan dalam ruang bekerja sementara selebihnya aku isi dengan agenda melaksanakan disertasi yang masih tertangguh. Prinsip yang tersemat masih terus terpatri untuk tidak sesekali mengaplikasikan masa bekerja bagi ruang manfaat diri atau agenda peribadi, malah sekiranya perlu pun waktu rehat ditengahari aku turut manfaatkan agar tidak terasa beban tergalas. Sesukar mana sekalipun tugasan pejabat tetap aku mahu laksanakan tanpa tertangguh apatah lagi aku seringkali mendapat tugasan dari orang atasan yang aku harus junjung sebagai kepercayaan tanpa ada calar apatah lagi gagal.

Tuesday, 29 January 2013

Rbit Mr. Hubby



Rbit Mr. Hubby dah besar… tapi dari enam ekor anak yang lahir Cuma tinggal dua ekor saja. Mr. Hubby cakap rbit-rbit ini manja tapi aku bukan berani pun mendekatinya, jauh sekali untuk menyentuhnya. Tapi aku suka ada rbit-rbit yang berkeliaran di laman rumah, apatah lagi bila saban hari dapat melihat perkembangan pembesarannya...

Wednesday, 23 January 2013

Apa Yang Terbaik Untuk Anak?


Semua ibu bapa impikan yang terbaik untuk anak-anaknya dan sedaya upaya juga akan melengkapkan keperluan anak-anak. Demikian juga aku yang mahu melihat Amira, Ameer dan Nina membesar dalam keadaan seimbang, lengkap ilmu dunia dan akhirat. Begitu pun aku dan Mr.Hubby tidak pernah menetapkan apa cita-cita anak-anak malah kami fikirkan biarlah ia berlangsung dengan sendirinya, iaitu mereka buat pilihan sendiri dengan pengawasan dari kami.

Tuesday, 8 January 2013

Amira Lapan Tahun...


Tanggal 7 Januari 2005 yang lalu, Amira dilahirkan melalui pembedahan kerana denyutan nadinya ketika itu tak stabil. Bertempat di HUKM, semuanya berjalan lancar dengan beratnya ialah 3.16 kg. Dan hari ini sudah lapan tahun berlalu dengan Amira meniti kehidupan alam kanak-kanak secara sihat sepenuhnya.

Friday, 28 December 2012

Impian Tertangguh lagi...

Menjelang 2013... imbas semula apa impian yang telah terlaksana dan gagal dilunaskan sepanjang tahun 2012 ini. Secara keseluruhan alhamdulillah, perjalanan hidup lancar dengan dikelilingi insan-insan tersayang yang sihat walafiat sedang diri sendiri turut dikurniakan kekuatan berdepan hari-hari yang sememangnya mencabar. Kesihatan dan kesejahteraan adalah anugerah paling indah dan terpenting, dengan keluarga tercinta, direstui suami, dikelilingi anak-anak, mempunyai kerjaya yang baik dan mampu berfikir dengan akal yang waras....alhamdulillah.

Thursday, 27 December 2012

Percutian Di Pulau Jerejak

Perancangan untuk bercuti dibuat pada saat akhir... sudahnya semua kawasan peranginan telah penuh. Dari satu tempat ke satu tempat dicuba tetapi tidak ada kekosongan. Percutian yang kami cari adalah yang menghala ke Utara, sambil balik kampung boleh bercuti satu malam... dan dalam tak sengaja Pulau Jerejak menjadi destinasi.

Perjalanan bermula dari kampung Mr. Hubby di Alor Setar, terus ke Pulau Pinang. Dari tanah besar ke pulau menaiki feri. Anak-anak ceria berkereta di atas feri. Dari kejauhan pandangan sayup di seberang pulau dan kemudiannya semakin mendekat menampakkan pembangunan dan kemajuan yang ada.

Wednesday, 12 December 2012

Indahnya 12/12/12


Hari ini tarikh istimewa yang tentunya lebih bermakna dari simbolik angka 12.12.12 kerana pada 12 Disember sembilan tahun lalu, selepas solat Asar maka terlafaz ijab dan kabul antara  aku dan Mr.Hubby.