Semua ibu bapa impikan yang terbaik untuk anak-anaknya dan
sedaya upaya juga akan melengkapkan keperluan anak-anak. Demikian juga aku yang
mahu melihat Amira, Ameer dan Nina membesar dalam keadaan seimbang, lengkap
ilmu dunia dan akhirat. Begitu pun aku dan Mr.Hubby tidak pernah menetapkan apa
cita-cita anak-anak malah kami fikirkan biarlah ia berlangsung dengan
sendirinya, iaitu mereka buat pilihan sendiri dengan pengawasan dari kami.

Kemudian Ameer meminta kelas kafa namun malangnya tidak banyak sekolah yang mengambil pelajar kafa pada usia lima tahun. Jika ada pun aku berdepan masalah pengangkutan. Maka jalan penyelesaiannya aku dan Mr. Hubby sepakat mengupah pengajar persendirian untuk mengajar mengaji dan fardu ain Amira dan Ameer. Ustaz Fakrullah yang mengajar di kafa Puchong Perdana memulakan tugasnya Isnin lalu dan akan berulang pada hari Rabu melengkapkan tugasan dua kali seminggu selama satu jam di rumah.

Pagi Ahad pula Amira dan Ameer akan mengikuti kelas
taekwando, juga permintaan Amira dengan keterujaan Ameer untuk turut serta.
Seawal 8.00 pagi hinggalah 9.30 pagi mereka akan mempelajari ilmu
mempertahankan diri dan kemudiannya pada pukul 12.00 tengahari kelas muzik.
Kelihatannya jadual yang padat tetapi Amira dan Ameer
dilihat sangat seronok mempelajari sesuatu yang baru dan berbeza. Semuga dengan
pengisian yang pelbagai akan mencambahkan benih dan kematangan buat Amira dan
Ameer serta dapat menyemai bakti pada kami, agama, bangsa dan negara kelak.
No comments:
Post a Comment