Bandaraya Shanghai ditinggalkan dengan menuju wilayah Islam di Ningxia. Kesyukuran dipanjatkan kerana saudara sesama Islam ada dimana-mana dan lebih menarik apabila makanan Islam mudah didapati tanpa perlu rasa was-was dan kurang senang. Wilayah ini cuacanya lebih panas berbanding Shanghai dengan wajah etnik Hui yang beragama Islam juga lebih menarik. Yang lelaki berhidung mancung walaupun masih bermata sepet manakala golongan wanita wajahnya jernih kemerah-merahan, dengan tubuh kecil molek dan halus.
Thursday, 12 June 2014
Saturday, 7 June 2014
China I: Mencicip Ilmu Di Shanghai
Tuntutlah ilmu walau sampai ke negeri China... kata-kata ini tersemat di minda sejak aku tahu membaca dan kemudian apabila aku dapat menjejakinya, ternyata terlalu banyak ilmu yang terhampar di bumi bertuah ini. Dapat juga aku menjejakkan kaki ke tanah kuasa besar dunia ini setelah beberapa kali asyik terbatal walaupun perancangan yang rapi dibuat. Aku akur, jika belum sampai jodoh dan rezeki dari-Nya maka merancanglah bagaimanapun tentunya tidak akan menjadi realiti.
Saturday, 31 May 2014
Pengakhiran Mei Yang Macam-macam...
Macam-macam. Cerita yang kurang enak banyak tersaji. Enggan dilapah namun tetap terhidang jua. Mahu tidak mahu tetap ada di depan mata dengan macam-macam rencah yang membusukkan. Aku tidak mahu menjamahnya kerana bimbang banyak penyakit akan singgah sekiranya aku alpa. Aku sedar, dalam kehadiran diri dengan ilmu yang sekelumit cuma, bisa benar rasanya badan menanggung akibat. Ada suara-suara yang tidak mahu aku dengar, cuba memekakkan telinga dan membutakan mata. Di sekelilingku ada mereka yang mahu mengambil kesempatan...barangkali. Namun aku lebih banyak bersangka positif kerana mereka adalah rakan-rakanku yang sentiasa memberi harapan, menyemai rasa sayang dan bertunaslah rasa kasih... sandaran atas keyakinan untuk terus memperkukuh diri dalam kerjaya yang dibuat untuk agama, bangsa dan negara. Allahuakhbar... semoga dibersihkan hati ini dan dipermudahkan perjalanan hidupku demi jalan-Mu Ya Allah!!!
Tuesday, 20 May 2014
Teater Di Bawah Lindungan Kaabah
Aku amat teruja sebaik sahaja mendapat tahu novel Di Bawah Lindungan Kaabah akan diadaptasi kepada persembahan teater. Sebaik sahaja tiket persembahannya mula dijual maka satu permintaan kepada Mr Hubby dibuat untuk menemai aku. Alhamdulillah Mr Hubby setuju dan tarikhnya ialah pada 12 Mei 2014 (Isnin). Aku anggap ini sebagai temu janji kami berdua apatah lagi amat sukar untuk kami dating dalam keadaan anak-anak masih kecil. Terima kasih Mr Hubby yang sudi melayan kerenah dan permintaan ini, satu penghargaan atas masa yang diberi dalam kesibukan yang pelbagai.
Friday, 16 May 2014
Rawatan Susulan Acute Rheumatic Fever
Menangani penyakit acute rheumatic fever bersama-sama anak yang semakin meningkat usianya. Sejak bulan Februari lalu, baru tiga kali Amira mendapat injection di klinik kesihatan sementara sudah tiga kali juga berulang ke hospital untuk rawatan susulan. Sememangnya aku merasai kesakitan Amira setiap kali menerima cucukan apatah lagi dia bukanlah seorang yang berani untuk berdepan dengan kesakitan sedemikian. Injection perlu diambil setiap 28 hari tanpa gagal dan rawatan susulan di hospital dengan pakar kanak-kanak dibuat selepas 6 minggu. Seminggu sebelum tarikh dia mendapatkan injection dia selalu mengadu sakit-sakitnya di bahagian kaki kembali berulang namun tidaklah sampai melarat sebagaimana sebelum ini. Hari ini sakit di bahagian tumit, esok di bahagian sebelah tapak kaki, lusa pula di bahagian lutut dan berulang-ulang, adakalanya di bahgian pergelangan tangan juga. Hati terasa gundah, meminta dia untuk kuat dan tabah.
Tuesday, 13 May 2014
Hari Ibu 2014
Sambutan Hari Ibu... tidak pernah aku lakukan sepanjang hayat arwah mak malah ianya amat asing dalam budaya kehidupan kami saban tahun. Namun zaman dah berubah dan anak-anak generasi kini amat teruja untuk menjayakan sambutan hari ibu. Setiap minggu kedua dalam bulan Mei maka sambutan tersebut diangkat sebagai hari ibu peringkat antarabangsa yang turut diraikan oleh anak-anak di Malaysia. Memang hari-hari adalah ibu bersama-sama namun apa salahnya menetapkan satu detik keistimewaan untuk seorang ibu kan.... Selagi sambutan itu tidak bertentangan dengan hukum syarak dan tidak berbentuk pemujaan maka tentunya ia tidak menjadi satu kesalahan, apatah lagi seorang ibu itu sewajarnya diraikan.
Monday, 12 May 2014
Mengenali Tokoh Melayu Terbilang 2014
Tugasan bersama
tokoh-tokoh hebat tentunya amat aku hargai. Rasa kagum dan bangga akan mekar di
hati apabila berdepan dengan mereka, mendengar dengan mata kepala sendiri cerita-cerita
lalu yang mereka telah alami lantas tugasan harian yang dilaksanakan tanpa
sedar telah menjulang individu terbabit untuk diangkat sebagai Melayu
terbilang. Antara ketokohan Ustaz Hassan Azhari dan Dr Salma Ismail... mereka
ada keistimewaan tersendiri yang amat simbolik dengan agama, bangsa dan tanah
air. Hati teruja dapat berdepan dengan mereka, mengetahui latar belakang tokoh
terbabit dan membayangkan zaman-zaman lampau mereka yang tentunya amat perit
tetapi dapat terus bangkit dan mewarnai kegemilangan bangsa Melayu.
Sunday, 11 May 2014
Sukaneka Amer & Afrina 2014
Amer teruja untuk
bersama-sama rakan-rakannya dalam acara hari sukan di tadikanya. Amat berbeza
dengan Nina yang sangat manja, enggan bergaul dengan rakan-rakan apatah lagi
untuk masuk dalam acara sukan yang ada. Melihat sikapnya amat sama dengan
kakaknya yang turut bersikap dingin ketika seusia Nina, namun Nina barangkali
tidak sesegan Amira. Amer lebih berdikari, gemar bergaul dan mudah mesra sedangkan
Nina pula sebaliknya. Tak apalah... Nina masih muda dan masih banyak ruang
untuk dia menyerap persekitaran bagi membawa pemikiran matang dalam dirinya
sendiri.
Wednesday, 30 April 2014
Memborong di Pesta Buku
Membaca, proses
yang mencerna minda. Mengajak akal berputar ligat, mencerna setiap baris ayat
yang ada dan berfikir berlandaskan logik akal fikir. Menerima dengan matang dan
turut terbuai dalam emosi. Sesekali terasa damai, amat santai, duka dan ceria
bahan dibaca seakan meresap terus ke dalam jiwa lantas ketegangan yang tersurat
di muka buku adakalanya turut membengangkan rasa di kepala. Sebagaimana saban
tahun, apabila tibanya Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur, aku antara
pengunjungnya dengan bersama memborong buku-buku yang aku dambakan. Kali ini, ‘mood’
aku lebih terdorong kepada novel-novel popular namun aku sulami juga dengan
buku ilmiah untuk pertambahan ilmu. Semoga setiap apa yang aku baca akan
memberi gambaran positif dan membawa dapat membantu aku berfikiran lebih waras
dan matang.
Friday, 18 April 2014
Hobi Gila Novel...
Aduhaiii… seakan
penyakit lama menular kembali. Aku mula menyemai semula hobi lama yang
sememangnya amat parah suatu waktu dulu. Aku hantu novel terutamanya novel
cinta yang akan membuai perasaan romantik dalam diri aku. Aku sebut parah
kerana suatu ketika dahulu aku pernah terlalu amat taksub dengan membaca novel
sehinggakan aku sanggup tidak makan atau tidur kerana mahu menghabiskan
pembacaan.
Wednesday, 16 April 2014
Catuan Air...
Aduhhh... kawasan perumahan aku terlibat dalam catuan air. Pelan pertama tiada apa-apa yang terjejas tetapi dalam pelan kedua, bekalan di rumah aku turut terganggu. Walaupun ada air tangki yang sememangnya cukup untuk catuan setiap dua hari namun air di sinki dapur dan untuk mesin basuh bersambung terus dari paip utama. Terjejas juga sedikit sebanyak aktiviti harian. Sudahlah catuan pula tidak mengikut jadual, kata hanya dua hari namun ada juga meleret sampai ketiga hari... dan apabila air ada tekanan yang sampai pula dikurangkan menjadikan air paip terlalu kecil... ayat kasar ibaratnya air kencing lagi besar. Itu belum lagi dengan kualiti air yang amat teruk, air yang sampai berkarat seolah-olah belum dirawat yang tentunya mengganggu juga emosi kami.
Friday, 11 April 2014
Mr Hubby 38 Tahun...
Tarikh 11 April hari kelahiran Mr Hubby. Sejak mengenalinya, tarikh tersebut menjadi ingatan dan menjadi lebih penting dari tarikh lahir sendiri. Sepanjang usia perkenalan kami, seingat aku hanya sekali aku tidak dapat meraikannya bersama-sama. Itu pun sebab bapak masuk wad dan aku berada di hospital menemani bapak, iaitu tahun 2002, namun kata-kata ucapan tidak dilupakan.
Subscribe to:
Posts (Atom)










