Berkesempatan beramah mesra dengan mengunjungi Masjid Yinchuan Xihuan dan mendengar kisah kehidupan mereka di tanah besar China. Mereka bebas untuk mengamalkan kebudayaan dan kehidupan masyarakat Islam, bersembahyang, mengaji dan mengamalkan ritual keagamaan sebagaimana tuntutan agama. Alhamdulillah, biarpun tiada dana yang diberikan oleh kerajaan secara khusus sebagaimana kerajaan Malaysia namun mereka masih boleh memohon sumbangan dari pemerintah tempatan. Sesungguhnya kesyukuran dipanjatkan kerana mereka mampu beribadat secara terbuka tanpa halangan dari mana-mana pihak sebagaimana spekulasi dan manipulasi dari media barat. Wakil kerajaan memang mengakui bahawa ada tindakan yang mahu merosakkan keamanan China dengan memainkan sentimen perkauman dan agama yang sememangnya amat sensitif.
Dalam hal ini, kesyukuran berterusan dipanjatkan kerana Malaysia bumi bertuah yang kerajaannya sentiasa mengutamakan kepentingan agama Islam, diperkukuh agama suci ini dan syiar Islam berterusan untuk disempurna. Sewajarnya mana-mana pihak yang amat lancang mulutnya mengkritik dan memburukkan kerajaan atas nama Islam perlu belajar dari negara-negara lain termasuklah kerjaan China sendiri. Perlu difahami, apakah matlamat kita dalam kehidupan kerana yang utama ialah agama kita maka kita perelu menghargai kerajaan yang mengutamakan agama itu sendiri.
Lebih istimewa apabila masyarakat Hui ini mempunyai muziumnya sendiri yang di dalamnya menceritakan bagaimana penyebaran Islam berlaku di tanah besar tersebut selain kehidupan masyarakat Hui secara khusus. Mereka juga mempunyai kasawan perindustian halal yang amat memberangsangkan dan menjadi penyokong kepada masyarakat mereka selain sumber makanan halal di negara terbabit.
Aku berkesempatan juga berkunjung ke perkampungan masyarakat Islam Hui dengan memahami cara hidup mereka yang lebih berunsurkan kepada tradisi dan kebudayaan China. Agama tidak membataskan budaya.
Wilayah Ningxia mempunyai waktu siang yang sangat panjang, bayangkanlah waktu subuhnya pada pukul 3.35 pagi sedangkan waktu maghrib pukul 8.19 malam. Terasa canggung juga dengan perubahan waktu tersebut namun terasa bertuah kerana dapat merasai satu pengalaman yang berbeza. Cuacanya juga panas dengan waktu siang boleh mencecah hingga 31 darjah celsius, panas dan kering. Ini ditambah lagi dengan kunjungan ke Sand Lake (Shahu), satu kawasan padang pasir yang tandus. Panas menyengat dimana-mana... sehinggakan aku terpaksa menutup penuh wajahku sendiri. Syukur berterusan... indahnya bumi ciptaan Allah SWT....
No comments:
Post a Comment