Monday, 23 June 2014

'Explore' Johor Bahru

Program di Johor Bahru membawa kesempatan kepada ku untuk menikmati bandaraya tersebut. Biarpun aku 'kaki jalan' namun Johor bukanlah destinasi yang biasa aku kunjungi memandangkan tumpuan aku dan keluarga lebih terhala ke Utara, sambil balik kampung dapatlah juga berjalan-jalan. Pembangunan Johor Bahru amat memberansangkan, namun yang paling menarik adalah makanannya yang enak-enak. Cuaca yang cerah membawa kami menjelajah persekitaran tempat-tempat menarik, bersesuaian dengan penjelajahan yang dibuat.

Bersama-sama rakan-rakan, keakraban amat terasa dan dapat meluangkan masa bersama-sama. Bersenda dan merasai kemeriahan perjalanan sambil diserikan dengan makanan pelbagai juadah yang amat menyelerakan. Ruang yang ada ini membawa aku untuk memilih menu yang tidak ada di KL, maknanya asal bukan nasi akan aku jamah semuanya. Istimewa pisang goreng cicah sambal kicap di Jalan Mawar, makan meee rebus tulang di Restoran ZZ yang sangat terkenal, tauhu bakar sambal kacang, putu bambu Air Hitam adalah antara makanan yang amat aku gemari. Sangat santai dalam suasana yang nyaman dan tenang. Wah... senangnya rasa hati, sambil berjalan dan makan-makan.... :-)


 
 
 













No comments:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers