Untuk anak-anakku, ada sesuatu yang istimewa dari mereka. Awal-awal lagi Amira telah menyediakan bunga mawar, satu untuk dia dan satu untuk afrina dengan satu lagi bintang untuk Ameer yang disediakan sebagai hadiah bagi sambutan Hari Ibu. Namun memandangkan Ameer yang tidak boleh menyimpan rahsia makanya Amira terpaksa memberikan lebih awal kepada aku dengan diikuti oleh Ameer dan Afrina. Teruja juga aku menerimanya. Bila aku tanyakan pada Amira mana dia dapat wang untuk membelinya, katanya itu adalah wang perbelanjaannya di sekolah, satu pengorbanan darinya untuk membeli hadiah tersebut. Alhamdulillah... terasa hati amat tersentuh.Terima kasih anak-anakku, semoga kelak kalian akan kekal sepakat dalam jalinan sedarah adik-beradik yang tentunya akan menjadi kekuatan dan tempat bergantung kepada mama dan abah. Tiada impian lain bagi seorang ibu selain mengimpikan kejayaan kepada anak-anaknya dan bagi aku, terserahlah kepada mereka untuk menetapkan cita-cita masa hadapan kerana sekarang kami lakarkan laluan untuk tuntutan ilmu dan iman untuk diamalkan kelak. Semuga laluan hidup Amira, Ameer dan Afrina sentiasa dalam petunjuk-Nya.


No comments:
Post a Comment