Tuesday, 2 December 2014

Menghitung Hari

Melalui hari-hari sambil membilang jari, menanda tarikh dari sehari ke sehari dengan rasa teruja merealitikan cita-cita. Biarpun tidak sama dengan apa yang diimpikan namun memiliki kediaman sendiri adalah cita-cita sejak seabad yang lalu. Memang ada sahaja laluannya yang mendatangkan kesukaran untuk mencapai apa yang dimahu, dari permulaannya berlangsung lancar namun tergantung atas satu keputusan insan lain, menanti... lama... berharap dan kemudian terluka. Cuba merawat dengan pelbagai keadaan, masa berlalu tanpa sedar dari tahun ke tahun dan suasana berubah.


Inilah anugerah dari-Nya, menjadikan cita-cita satu kenyataan, walau ada duka, ada perit dan sakit namun akhirnya bakal tiba juga. Ya, sesuatu yang diimpikan diperoleh selepas melalui pelbagai kesukaran tentunya amat berharga. Tidak ternilai rasanya. Syukur, dalam kerumitan masih ada penyelesaian, membuka ruang atas selembar harapan yang pastinya hanya aku dan Mr Hubby merasainya... malah antara kami enggan lagi membincangkannya kerana yang utama adalah masa hadapan dengan masa lalu menjadi tauladan. Azimat terbaik atas setiap kesukaran adalah sabar, dalam sakit mesti sabar, dalam terluka mesti redha, dalam pahit terus bertawakal, doa tiada pernah berhenti malah terus diucap hingga kini....

Aku menanti saat itu!!!




No comments:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers