Sesi persekolahan 2015, Ameer darjah satu. Usianya bakal genap tujuh tahun. Dia ceria dan amat bersemangat untuk bersekolah. Tidak sukar mengejutkannya waktu pagi untuk bersiap walaupun malam sebelumnya dia tidur lewat. Cuma kata-katanya mengusik hati. Tuturnya, dia rasa macam tak sedap hati. Rupanya sebab kakaknya tidak bersama kerana bermalam di Gombak. Memang, antara kami sekeluarga tidak pernah terpisah sebelum ini apatah lagi untuk tiga beradik ini.
Ameer berbaju sekolah, nampak dia lebih matang dari usianya walhal aku masih berasakan dia terlalu anak-anak. Ameer yang manja, suka mengusik namun mudah membantu. Bersekolah dia tidak banyak ragam. Tiada senyuman darinya walau aku memintanya berbuat demikian. Serius memandang hadapan biarpun aku mengambil fotonya walhal kanak-kanak lain berbeza dengannya.
Ameer bersekolah sama dengan Amira di SKS1BK cuma dia berlainan sesi dengan kakaknya kelak. Amira sesi pagi dan Ameer pula sesi petang. Aku tahu, Ameer tidak akan banyak ragamnya sebagaimana dia memasuki alam tadika ketika usianya empat tahun. Ameer juga mudah berkawan dan cepat mesra. Keletahnya amat berbeza jika dibandingkan dengan kakak dan adiknya juga.
Semoga kelak Ameer akan dapat menuntut ilmu yang akan memberi manfaat kepada dirinya dan insan lain. Mama dan abah sayang Ameer & sentiasa percaya dengan anak-anak yang bakal menjadi teraju kami masa hadapan.
No comments:
Post a Comment