Untuk Ameer memang usianya masih awal ketika menyertai taekwando. Keterujaannya ke kelas taekwando terserlah kerana mengikut kakaknya yang aku tunaikan permintaannya. Ketika itu Ameer baru lima tahun dan aku turuti sahaja, maka dalam usia enam tahun dia sudah memakai tali pinggang kuning. Amira memang mahu ke kelas taekwando namun untuk mengikuti apa-apa pertandingan maka awal-awal lagi dia akan menolak. Apatah lagi penyertaan adalah lebih kepada sukarela jadinya aku tak mahu Amira terasa terpaksa tanpa rela apabila bertanding. Tak apalah, asalkan dia gembira mengikuti kelas kemahiran mempertahankan diri bersama-sama rakan-rakannya termasuklah Ameer sendiri.
Sunday, 14 December 2014
Amira, Ameer dan Taekwando
Hari ini ada ujian taekwando untuk Amira dan Ameer. Seperti biasa pusat ujiannya ialah di Sekolah Jalan Raja Muda. Bagi Amira aku anggap perkara biasa kerana dia agak serius mengikuti latihan selain ada juga sesekali berlatih di rumah namun untuk Ameer sifatnya yang suka bermain agak merisaukan. Namun aku tidak pernah memaksa mereka berkaitan hal-hal seni mempertahankan diri terbabit sebaliknya biarlah mereka menikmatinya dengan seliaan dari jurulatihnya sendiri. Biar mereka yang berseronok dengan pilihan yang dibuat, namun untuk mereka bertindak ponteng kelas atau berhenti separuh jalan maka jawabnya dari aku tidak sekali-kali.
Untuk Ameer memang usianya masih awal ketika menyertai taekwando. Keterujaannya ke kelas taekwando terserlah kerana mengikut kakaknya yang aku tunaikan permintaannya. Ketika itu Ameer baru lima tahun dan aku turuti sahaja, maka dalam usia enam tahun dia sudah memakai tali pinggang kuning. Amira memang mahu ke kelas taekwando namun untuk mengikuti apa-apa pertandingan maka awal-awal lagi dia akan menolak. Apatah lagi penyertaan adalah lebih kepada sukarela jadinya aku tak mahu Amira terasa terpaksa tanpa rela apabila bertanding. Tak apalah, asalkan dia gembira mengikuti kelas kemahiran mempertahankan diri bersama-sama rakan-rakannya termasuklah Ameer sendiri.
Untuk Ameer memang usianya masih awal ketika menyertai taekwando. Keterujaannya ke kelas taekwando terserlah kerana mengikut kakaknya yang aku tunaikan permintaannya. Ketika itu Ameer baru lima tahun dan aku turuti sahaja, maka dalam usia enam tahun dia sudah memakai tali pinggang kuning. Amira memang mahu ke kelas taekwando namun untuk mengikuti apa-apa pertandingan maka awal-awal lagi dia akan menolak. Apatah lagi penyertaan adalah lebih kepada sukarela jadinya aku tak mahu Amira terasa terpaksa tanpa rela apabila bertanding. Tak apalah, asalkan dia gembira mengikuti kelas kemahiran mempertahankan diri bersama-sama rakan-rakannya termasuklah Ameer sendiri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment