Majlis perasmian tilawah kali ini dirasmikan oleh Sultan Kelantan iaitu Sultan Muhammad V dan turut bersama ialah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin dan juga Datuk Seri Mohd Jamil Khir. Jika pada malam ini ramai yang bertumpu kepada bola sepak tetapi aku beralih kepada tilawah. Sultan Kelantan sendiri turut bertumpu di sini biarpun negeri Kelantan akan menentang Johor di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Tilawah kali ini yang bermula 29 Jun - 6 Julai akan melibatkan seramai 80 peserta mewakili 49 negara. Pada malam perasmian, qari dari Jordan, Ibrahim Naim Rizik Al-Dardasawi dan qariah dari Bangladesh, Tahmina Akter memperdengarkan bacaannya.
Johan qari dan qariah akan menerima kepingan emas seberat 350 gram bernilai RM70,000 bersama wang tunai RM40,000, piala iringan, cenderamata dan sijil penghargaan.
Alhamdulillah, anak-anak menghargai majlis ilmu ini. Semoga kelak kalian turut terisi dengan ilmu dan amal sebagai insan yang soleh dan solehah. Amin.
No comments:
Post a Comment