Antara tujuan bercuti di Singapura adalah untuk menziarahi orang-orang tua yang amat akrab dengan arwah mak. Selain itu dapat juga bertemu anak-anak saudara yang kesemuanya telah berkerjaya dan tiga antaranya telah mempunyai keluarga sendiri. Dengan berkampung di rumah Nani, kesemuanya dapat berkumpul bersama. Kak Intama yang amat 'sporting' dan 'caring' sentiasa ada memberi 'nasihat' bagi memastikan perancangan dan perjalanan menjejak kasih ini berlangsung lancar. Sebelum memulakan perjalanan kami singgah di Ang Mo Kio, rumah kak Intama. Hafiz dan Mahirah ada bersama.
![]() |
Anak-anak menyelongkar permainan di Ang Mo Kio |
![]() |
Compassvile Lane |
![]() |
tanaman di beranda rumah ka Intama |


Seterusnya kami ke Bedok. Mencari obek Esah, kakak ipar bapak (arwah suaminya, obek Muhammad adalah abang bapak). Rasanya dah bertahun-tahun aku tidak bertemu obek Esah sedangkan semasa hayat arwah obek Muhammad ada, mereka seringkali datang ke Kuala Lumpur dan pastinya akan bermalam di rumah mamang Dollah. Maka kami sekeluarga akan bermalam di sana juga barang semalam dua. Tapi obek Esah tak ada di rumah kerana menghadiri jemputan kahwin. Kemudian kami mengulangi kunjungan ke rumahnya pada malam terakhir sebelum pulang ke Kuala Lumpur. Alhamdulillah hajat tercapai, dapat juga bersua dengan obek Esah. Dalam usianya yang menjangkau 78 tahun, obek Esah masih aktif bergerak malah turut berpersatuan. Obek Esah tinggal bersendirian walaupun mempunyai anak-anak seramai enam orang (barangkali). Anak-anaknya sudah memiliki rumah dan berkeluarga sementara obek Esah juga mempunyai jadual sendiri.
Sebelum itu kami juga berkunjung ke rumah kak Dania, kakak abang Solo yang menjaga Debok. Tuturnya penuh dengan perhatian dan sifat ambil berat. Ini kali pertama kami bertemu biarpun aku sudah berkali-kali ke Singapura dan kak Dania juga berkali-kali berkunjung ke Kuala Lumpur, tapi tak pernah pula kami berjumpa. Kak Dania juga tidak sesihat mana, sebagaimana usianya juga yang telah lebih 50 tahun, mungkin juga menjejaki 60 tahun.
Dengan menziarahi mereka ini, aku semakin insaf dan amat menghargai kesihatan diri. Membawa bersama anak-anak juga diharap akan memberi kesedaran kepada mereka untuk lebih menghargai kehidupan dan masa hadapan. Betapa masa berlalu, kesihatan, kekuatan malah harta dan kemewahan bukan jaminan untuk masa hadapan yang indah sekiranya kita gagal merancangnya dengan baik hari ini. Semoga mereka ini dipermudahkan perjalanan hidup dan sentiasa dikurniakan Allah SWT dengan hidayah dan keberkatan.
No comments:
Post a Comment