Sayu terasa, kerinduan dan pelbagai kenangan bersama arwah terlakar diingatan. Betapa arwah amat memanjakan aku sehinggakan apa saja kemahuanku semasa di alam kanak-kanak tidak pernah hampa. Malah selepas abang Solo berumahtangga, kemana saja pergi ketika berada di Kuala Lumpur pastinya aku akan turut serta. Kesusahannya berada di Singapura tanpa adik-beradi tidak pernah disuarakan, termasuklah pelbagai penyakitnya. Semoga Allah SWT menempatkan beliau bersama-sama orang-orang beriman di sisi-Nya. Al-fatihah.
arwah abang Solo bersama kami, Debok, Yayan dan Jami |
bersama Mr. Hubby, 13 Disember 2003 |
TINGGAL kenangan - foto semasa majlis perkahwinan arwah abang Cici yang ada dalam album arwah abang Solo.Tiga orang abangku yang telah kembali ke rahmatullah, didahului abang Daili yang pergi pada tahun 1999, menyusul abang Solo pada 2009 dan kemudiannya abang Cici pada 2012. Damailah para saudaraku dan semoga Allah SWT tempatkan roh kalian bersama-sama golongan yang beriman.
No comments:
Post a Comment