Sunday, 2 June 2013

Singapura I - Perjalanan

Perancangan untuk bercuti ke Singpura lancar, cuma bezanya kali ini kami ke Kota Singa dengan berkereta sendiri. Inilah pengalaman pertama .  Turut serta dalam percutian ini abang Kamal bersama Lia. Kami bertolak dari rumah sekitar pukul 8.30 pagi, ke Gombak dahulu dan kemudian meneruskan perjalanan ke Selatan tanah air. Alahaiii..jem la pulak. Kebetulan cuti sempena hari keputeraan DYMM Agung. Dari Sungai Besi hinggalah ke Senawang jalan amat sesak dan kemudiannya menuju ke Batu Pahat.

Kami singgah di Parit Subari, Batu Pahat. Rumah keluarga angkat abang Kamal yang memang aku juga kenalinya sejak aku kecil lagi. Anak-anak teruja dengan perjalanan ini. Alhamdulillah kami tidak berdepan sebarang kesulitan.

Di Compassvale Lane, rumah Nani, mereka telah menanti. Selain kak Intama, Nani dan suaminya, Herman, Jami dan anak-anaknya Habib dan Zara, Yayan sementara Hafiz dan isterinya Mahirah bersama anak kecilnya Uwais dalam perjalanan. Sesampainya kami, hidangan telah pun tersedia dengan menu permintaan Mr. Hubby masakan ka Intama, ketam goreng cili di samping udang masak lemak, ayam bakar dan sayur kacang...emmm yummy...memang sedap. Penat sepanjang perjalanan seakan tidak terasa berdepan hidangan sedemikian dengan keramahan anak-anak buahku ini. Kak Intama, Nani, Hafiz, Jami, Yayan, Debok & keluarga di Singapura memang best...




Batu Pahat



Meninjau tanaman labu di belakang rumah
  







 

No comments:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers