Friday, 7 June 2013

Singapura IV - Esplanade Park

Selama ke Singapura tidak pernah menjejakkan kaki ke Esplanade Park biarpun ia adalah kawasan tumpuan pelancong. Dalam waktu yang padat kami cuba mencuri masa ke sini. Tujuan utama untuk menikmati suasana malam yang penuh warna-warni dengan limpahan lampu pelbagai warnan selain berkunjung ke Merlion yang menjadi lambang kebangsaan Singapura atau 'Singa keluar air', kata Ameer.

Wow... tempatnya memang cantik dan mengkagumkan. Payah untuk digambarkan. Ada 'waterfront' sepanjang tempat penginapan kasino yang dibangunkan di Marina South. Ada 'live band' untuk pengunjung bersantai juga. Memang ada tarikan, gaya mewah dan hebat. Malangnya tiba-tiba guruh berdentum kuat dan kilat saling menyabung. Kami batalkan hasrat kami untuk berjalan kaki ke Merlion dan lebih baik pulang....





No comments:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers