Monday, 13 May 2013

Selamat Hari Ibu


Hari Ibu... sedari kecil aku tidak pernah menyambutnya. Hari-hari bagi aku sentiasa mengenangkan ibu, ketika kecil celik sahaja mata maka ibulah yang dicari malah ketika mahu memejamkan mata tentunya mahu melihat dulu wajah ibu. Itu dulu. Ketika arwah mak masih di sisi dan ketika usiaku muda remaja. Apabila meniti usia dewasa pemahaman ku untuk ibu semakin berubah, jika kecil amat memerlukan ibu sebagai tempat bergantung namun apabila dewasa penghargaan atas kasih sayangnya. Kemudian arwah mak pergi tapi kasih dan pesanan mak tak pernah hilang. Semakin hari semakin bertambah ingatan padanya.




...dan kemudian apabila aku merasai tanggungjawab sebagai ibu, segala macam rasa ada dalam diri. Bukan saja pada anak-anak yang meniti usia tetapi pada arwah mak juga. Indahnya menjadi ibu, rindunya pada ibu dan sayunya rasa....

Hari ibu kali ini Ameer sangat teruja. Saban hari mengucapkan 'Selamat Hari Ibu' biarpun tarikhnya masih seminggu lagi, dalam talian telefon juga, bagun tidur, selepas saja aku sampai ke rumah dan bila-bila saja. Keletahnya amat ceria, memberikan kraf tapak tangannya. Tentu idea dari cikgu di sekolahnya.

Amira pula sesuai dengan kedudukannya sebagai anak sulung, sentiasa serius dan gemar pada kejutan, kerana itulah juga kad hasil tangannya sendiri diberikan kepadaku, lebih manis lagi apabila disertakan sekuntum mawar. Luluh rasanya hati.

Nina pula masih terlalu kecil untuk memahaminya. Namun turut ghairah mengucapkan 'Selamat Hari Ibu'.

Semoga anak-anakku ini kelak akan berbakti pada Islam, bangsa Melayu dan nusa tercinta malah lebih manis apabila ada di sisiku menguruskan perjalanan terakhirku nanti pada-Nya dan sentiasa mendoakanku. Allahuakhbar.

2 comments:

nuhaz said...

oohh sgt sweet n touching la...anak2 hebat kan :)

airikamalek said...

alhamdulillah, kita diberikan hari-hari yg hebat dengan setiap hari ada saja yang istimewa...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers