Sunday, 5 May 2013

Mengundi PRU ke-13

Tarikh 5 Mei 2013, hari pengundian untuk pilihan raya umum ke-13. Aku memang teruja kerana aku pengundi kali pertama. Biarpun usia sudah 30-an tapi aku baru 'layak'. Sebagai rakyat Malaysia, aku memahami tanggungjawab untuk menentukan masa depan negara berdasarkan kepada siapa pilihan hati untuk menjadi pemimpin. Kata orang, undi adalah rahsia tapi bagi aku undi aku bukan lagi rahsia. Aku memilih kerajaan yang telah banyak memberi jasa kepadaku.

Aku bersandarkan kepada fakta. Biarpun ada orang kata kerajaan lalu teruk tapi lebih teruk lagi pembangkang. Aku memahami erti politik, manipulasi, persepsi, provokasi dan tentunya kematangan dalam membuat penilaian melebihi jangkaan untuk membuat keputusan.

Aku yakin dengan pilihan aku. Sedari kecil sehingga kini, setiap rongga nafasku, dengan izin Allah SWT aku mengecapi jasa dan bakti pemimpin kerajaan yang mempelopori kemerdekaan, perpaduan, pembangunan dan kemajuan. Benar, ada banyak kesilapan yang dilakukan tetapi mana ada yang sempurna dalam dunia ini, malah jika mahu dilakukan penilaian, kesilapan tersebut lebih kecil jika dibandingkan dengan kemajuan dan pembangunan.

Asas paling penting bagi aku ada adalah agenda perjuangan agama Islam yang tidak boleh dipolitikkan. Islam bukan parti politik tetapi Islam adalah cara hidup keseluruhan, begitu juga dengan bangsa Melayu yang tentunya perlu dipertahankan di tanah air sendiri. Melayu jangan lagi apologetik. Melayu bangsa yang baik, santunnya beralas sendi, budinya bersemi kasih namun ini bukan bermakna perlu terus tunduk dan diperkotak-katik. Demi agama, bangsa dan negara aku memilih pemimpin yang boleh terus membela generasi masa hadapan termasuk anak cucuku kelak. Begitu juga dalam kerjaya apabila aku bergelumang dengan isu-isu politik semasa untuk dicanai kepada khalayak. Aku berpaksikan kebenaran berlandaskan etika yang ada. Aku yakin dan niat aku tetap di jalan yang benar. Allahu akhbar!!!


No comments:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers