Amira demam lagi. Sejak Jumaat lalu dia diam saja, tiada banyak bicara seperti biasa dan apabila aku periksa rupanya demam. Dia enggan memberitahu kerana takut ke klinik, dan amat tidak gemar pada ubat-ubatan. Kami berkunjung ke Alam Medik kerana klinik 1Malaysia tutup. Suhu Amira tinggi. 39.1'C. Bila doktor periksa rupanya tonsil Amira membengkak lagi. Besar, merah menyala. Kata doktor ada baiknya buat saja pembedahan untuk buang tonsil tersebut kerana saban bulan mesti Amira demam. Kasihan, Amira dah tak banyak bersuara kerana sakit tekak. Makan juga tidak berselera.
|
Kesian Amira, bengkak tonsilnya mula menyusut... |
|
sebelum dan selepas pembedahan... |
No comments:
Post a Comment