Tarikh 2 Julai
genap usiaku 35 tahun. Alhamdulillah, aku bersyukur kerana aku terus diberi
kesempatan menikmati kesejahteraan hidup dengan kesihatan, keluarga, saudara
mara dan rakan taulan yang sangat membahagiakan. Pertambahan usia bukanlah satu
masalah buatku kerana apa yang lebih penting adalah pengisian untuk sepanjang
usia tersebut dengan pengalaman dan kematangan fikiran.
Alhamdulillah,
dalam menyusur usiaku ini, aku sempurna sebagai insan yang tidak cetek
pengetahuan, mempunyai keluarga, berkerjaya dan tidak merempat, justeru apa
yang penting buatku adalah mencanai kesemuanya dalam kesempurnaan kehidupan
seorang insan tanpa perlu menyusahkan sesiapa tetapi sebaliknya memberi bantuan
sepenuhnya.
Pada tarikh 2
Julai, aku berkesempatan mengikuti delegasi Ibu Pejabat ke Jakarta. Secara
peribadi aku anggap ini adalah hadiah sempena hari lahirku. Kesempatan
mengikuti kunjungan delegasi adalah satu penghargaan atas kerja yang aku
lakukan. Alhamdulillah, akan aku laksanakan sebaik mungkin....
Namun begitu,
lebih indah apabila ucapan hari kelahiranku ini diluahkan oleh insan-insan
tersayang disekelilingku. Laman facebookku dipenuhi dengan doa dan ucapan
selamat dari rakan taulan yang sentiasa memberi sokongan padaku. Alhamdulillah,
aku amat menghargai ucapan mereka malah doa mereka membuatkan aku yakin bahawa
aku sentiasa disayangi oleh para sahabatku.
Begitu juga dari
Mr. Hubby dan anak-anak. Lebih melucukan, hasrat untuk surprise tidak menjadi
apabila Ammer telah menceritakan padaku terlebih dahulu perancangan abah dan
kakaknya... Kata Ameer ‘abah dengan kakak tengah buat kad happy birthday to you
untuk mama kat bawah. Ada hadiah sekali,”.... hahaha...kantoi, tapi demi si kakak
yang amat teruja maka aku lakonkan sandiwara seakan aku tidak tahu apa-apa.
2 comments:
Dah 35 tahun, tentu banyak pengalamannya :)Semoga terus sukses...
*Abg Malik tau tak yg akak dh tau plan diorg tu, ha3.. Lawak la Ameer ni..
TQVM Linnn.... Mr. Hubby dh tau plan kantoi tp kami brlakon demi Amira...lawak laaa...
Post a Comment