Memandangkan
Pulau Pinang sudah dijelajah, Perlis telah diteroka dan Kedah juga sudah
dikenali; ditambah dengan kami anak beranak mempunyai pasport antarabangsa maka
kali ini kami menyeberang sempadan Utara.
Turut serta
Ijan, Puteri dan Kak Mah. Perjalanan dirancang teliti, dengan pasport semua
dibawa selain Ijan dan Kak Mah yang membuat pas sempadan. Semuanya di urus di
Changlun, bermula dengan cukai jalan Thailand dan juga ‘booking’ hotel Grand
Plaza di Hatyai.
Melalui Bukit
Kayu Hitam terus sampai ke Danao (Danok), dan berpandukan GPS, perjalanan
lancar. Setelah selesai ‘check in’ dan berehat seketika maka kesempatan ini
digunakan berkunjung ke pasar terapung di
Sungai Klonghae, Hatyai. Tempat ini amat istimewa dan berbeza
dengan pasar-pasar lain kerana para penjualnya yang berniaga makanan dari dalam
perahu di sepanjang tebing sungai.
Minum dalam
bekas minuman yang diperbuat dari tanah liat dengan pelbagai bentuk dan
bekasnya boleh dibawa pulang juga amat menarik. Dengan harga 25 bath (RM2.50)
minuman seperti air kelapa, laici, cincau, oren, sirap dan lain-lain boleh
dibeli.
Pelbagai
makanan boleh didapati dengan kebanyakan penjualnya beragama Islam. Antaranya
lempeng, pisang bakar, pulut, kuih-muih, nasi ayam Thai, mee sup dan lain-lain
lagi. Namun demikian, makanan eksotik seperti cengkerik, belalang, kumbang,
ulat sutera dan beberapa serangga lain yang digoreng turut dijual.
Menariknya,
perjalanan dari hotel ke Sungai Klonghae
digunakan dengan menaiki tut-tut biarpun kami sendiri datang berkereta. Kami
enggan ketinggalan merasai pengalaman ini.
Dengan bayaran sebanyak 450 bath (RM45) Suasana malamnya di Bandar Hatyai
pula amat meriah dengan gerai jualan pelbagai barangan termasuklah makanan.
Mencari makanan halal bukanlah rumit tetapi cara masakan yang berbeza
menjadikan kami kurang berselera.
Kami lebih tertumpu melihat sendiri kehidupan di sini dan merasai
pengalaman dalam suasana yang amat berbeza. Alhamdulillah, anak-anak juga tidak
cerewet dan amat gembira dengan percutian ini.
menaiki tut-tut, 450 bath ke pasar terapung pergi dan balik (3 jam menunggu)
Anak-anak Siam pulang dari sekolah
Pasar terapung, Sungai Klonghae
Bihun sup siam
belajar tawar menawar dalam bahasa 'itik dan ayam'
pelbagai jenis makanan ada...
penjual air dalam pasu menarik dgn harga 25 bath
hidangan serangga - kumbang, cengkerik, lipan, ulat, belalang dll
30 bath sebiji...
2 comments:
bestnya!
memang best, jom jenjalan gak ramai2
Post a Comment