Sambutan Hari
Raya Aidiladha kali ini amat berbeza dengan diraikan dalam pelaksanaan korban
dalam adik-beradik Mr.Hubby. Indahnya silaturrahim yang terjalin apabila
sembilan beradik lengkap bersama keluarga masing-masing dalam merealisasikan
ibadah korban. Lebih bermakna apabila pelaksanaanya juga berlangsung
bersama-sama yang bermula dari persiapan kenduri, penyembelihan, melapah,
memasak dan makan...
Saturday, 27 October 2012
Tuesday, 9 October 2012
Pertemuan SKLJ Selepas 23 Tahun
Alam sekolah rendah sudah terlalu lama aku tinggalkan. Sudah
lebih 23 tahun berlalu sesi pertama pelajar di Sekolah Kebangsaan Lembah Jaya
(SKLJ). Dalam kesempatan ini, aku dihubungi melalui laman sosial untuk
pertemuan kembali di arena permainan suatu ketika dulu yang kini telah berubah
wajah. Bertempat di Satay Station, Ampang yang dulunya kami kenali sebagai Kampung
Tengah, maka pertemuan diatur pada petang Sabtu, 6 Oktober.
Indahnya mengimbas kenangan di alam persekolahan
sedangkan ketika ini rakan-rakan yang ada sudah pun beranak-pinak dan menjalani
kehidupan yang pelbagai dengan kerjaya berbeza.
Wednesday, 3 October 2012
Pembukaan Cawangan Baru GJC Mr. Hubby
Hari yang ditunggu tiba jua... Perasmian cawangan baru Gloria Jean's Coffees di bawah seliaan Simfoni Segar Sdn Bhd. Disangka ini yang kedua tapi rupanya, rezeki dari Allah SWT melimpah-ruah... Inilah yang ketiga selepas proses ambil alih GJC di Dataran Maybank, Bangsar berlangsung lancar mulai 1 Oktober lalu.
Syukur Ya Allah... Tanpa restu-Mu laluan Mr. Hubby tidak akan dipermudahkan, biarpun ternyata banyak rintangan yang dilalui.
Monday, 24 September 2012
Curi Masa – Genting Highlands
Dalam kesibukan
seharian melaksanakan tugas dalam kerjaya, aku dan Mr. Hubby masih dapat ‘mencuri’
masa untuk memenuhi hasrat bercuti dengan anak-anak di taman tema Genting
Highlands. Kebetulannya, Angah baru habis praktikal dan akan pulang ke kampung
walhal perancangannya untuk ke Genting Highlands bersama rakan-rakannya asyik
terbatal saja.
Kali terakhir aku
dan Mr. Hubby berkunjung ke sini lebih dari lapan tahun lalu iaitu semasa kami
dialam percintaan...cewah. Taman bunga di luar taman tema adalah tempat lepak
kami ketika itu apatah lagi perjalanan ke Genting hanya sekitar 30-40 minit
saja dari Gombak.
Tuesday, 18 September 2012
Mencari Keredhaan Ilahi
Sebagai insan yang
inginkan kesempurnaan dengan perjalanan hidup berlangsung lancar, maka tentunya
aku inginkan keredhaan dari-Nya. Namun, aku sedar sebagai seoarng isteri
keredhaan yang aku inginkan hanya akan tercapai dengan restu dari suami kerana
aku memahami, apa jua yang aku lakukan waima impian dan cita-cita tidak akan
tercapai tanpa keizinan dan kerelaan dari suamiku.
Keredhaan Ilahi
adalah atas restu dari suami dan aku sanggup korbankan apa saja (selagi
menepati hukum agama) jika apa yang aku lakukan tidak menyenangkan hati
suamiku. Sungguh, aku mahukan restu dari suamiku dalam apa jua yang dilakukan.
Setulus hati dan seikhlas-ikhlasnya aku turuti apa jua yang dimahukannya, aku
enggan melakukan apa yang tidak disukainya walau mungkin aku terpaksa korbankan
sesuatu yang pernah menceriakan aku suatu dulu.
Sunday, 16 September 2012
Jet Mewah
Tanpa pernah termimpi dapat merasai kemewahan dalam melaksanakan tugasan yang diberi. Merasai jet peribadi mewah milik seorang konglomerat terkemuka yang kini berkecimpung dalam arena politik.
Bayangkan dalam masa hanya 30 minit aku sudah berada di Kelantan dengan dalam tempoh itu aku duduk selesa menikmati hidangan yang dilayan oleh seorang pramugari. Kemudiannya, dalam masa sehari aku boleh berulang alik ke tiga negeri, pagi di Kuala Lumpur terus ke Pulau Pinang dan tengaharinya dalam masa 12 minit kemudian aku berada di Alor Setar, dan petangnya berada di Shah Alam.
Thursday, 6 September 2012
Impian berlarutan...
Aku sedar, tak semua apa yg kita impikan akan jadi kenyataan. Ada cita-cita yang lambat untuk menjadi realiti dan ada juga yang tidak akan sampai ke penghujungnya.
Kecewa dan terkilan, sedih dan sayu tapi masih memanjatkan sepnuh kesyukuran biarpun impian tidak terlaksana tetapi masih banyak rezeki lain yang dilimpahkan ole-NYA.
Pada-MU Tuhan, mohon permudahkanlah impian kami sekeluarga, hasrat yang masih terbengkalai biarpun telah lebih empat tahun diusahakan....
Monday, 20 August 2012
Aidilfitri Ke Hospital
Tanggal 1 Syawal
1433 bersamaan dengan 19 Ogos 2012, amat berbeza bagiku dan keluarga apabila
hari raya kali ini dirasakan tidak semeriah tahun-tahun lalu lantaran bapak terlantar sakit di hospital. Tiga hari terakhir Ramadan, bapak tak sihat
hinggakan dia terpaksa dirujuk ke Hospital Selayang dan hasil laporan, penyakit
lama bapak iaitu ulser perutnya kembali lagi. Perut bapak berdarah dan perlu
rawatan khusus. Bapak tak dibenarkan makan dan minum sebaliknya hanya drip air
garam yang masuk ke dalam tubuhnya.
Thursday, 16 August 2012
Ramadan Terakhir dan Kehilangan....
![]() |
| hari raya Aidilfitri 1987, aku bersama abang Cici |
Tuesday, 14 August 2012
Tazkirah - Mencari Lailatul Qadar & AidilFitri
Penceramah: Ustaz Fathul Bari Mat Jahaya
Tarikh: 14 Ogos 2012 / 25 Ramadan 1433
Tempat: Surau Ar-Rahman, PWTC.
Antara kandungan ceramah:
Perwatakan nabi di 10 mlm yg terakhir. Nabi kejutkan ahli keluarga & hidupkan malam spt solat, zikrullah & apa2 saja berkenaan ibadah.
Sekarang masuk mlm 25 Ramadan, kejar malam lailatul qadar.
Tuesday, 7 August 2012
Tazkirah - Seharum Kasturi Ramadan oleh Ustaz Kazim
Ceramah yg bersulam tawa dan segar dengan jenaka. Hari ke-17 Ramadan di Surau
Ar-Rahman dilimpahi khalayak yang cintakan ilmu dan mendengar secara ‘live’
ceramah Ustaz Kazim Elias. Terbukti semua mendengar tanpa rasa bosan dan mengantuk.
Ini adalah antara nota yang saya yang dapat taip melalui hp. Memang tak lengkap lagilah sebab dah tertinggal part awal:
Ini adalah antara nota yang saya yang dapat taip melalui hp. Memang tak lengkap lagilah sebab dah tertinggal part awal:
Saturday, 4 August 2012
Cerpen - Mencari Taubat Nasuha
hantar pada majalah sinar rohani 26/1/07
“Saudara,” bahunya dicuit lembut seiring dengan suara yang memanggilnya.
Lelaki
itu menoleh dan memandang wajah jernih di sebelahnya. Ternyata bahawa lelaki
itu amat setia melayan dirinya, mendengar ceritanya dan seketika kemudian
memerhatikannya yang hanyut jauh dibawa perasaannya sendiri.
Lelaki
berwajah jernih itu senyum padanya dan secara sepontan juga dia membalas
senyuman lelaki berwajah jernih tersebut. Penuh dengan ketulusan dan keikhlasan
yang tersemat.
“Saudara,
hanya Allah yang dapat mengembalikan keyakinan dan membawa rasa kebahagiaan
dalam diri saudara. Sebagai insan, kita terlalu lemah dan amat mudah untuk
terluka. Hanya keimanan yang teguh di samping keluhuran hati melepaskan segala
yang telah pergi.”
Subscribe to:
Posts (Atom)









