Sejak seminggu yang lalu banyak perkara yang berlaku di sekeliling, namun yang pasti, semuanya berlaku tanpa dirancang dan berita-berita yang sampai ke perkhabaran hampir kesemuanya mendukacitakan dan menyedihkan.
Sebagai panduan dan tauladan untuk diri dan keluarga sendiri, juga untuk kawan-kawan semua, hargailah setiap detik bersama keluarga di kala kesihatan dan kesejahteraan dinikmati, malah ketahuilah bahawa sekiranya kita menghadapi kesusahan, kesakitan dan kekecewaan... ada insan lain yang lebih perit kehidupannya berbanding kita.
KES 1
Shah (bukan nama sebenar), dikenali tanpa sengaja atas urusan rasmi keluarga. Namun begitu, sebelum ini hubungan hanya melalui talian telefon sahaja. Lantaran tuntutan yang memerlukan kami berbincang secara bersemuka, pertemuan dirancang. Malangnya, bukan hanya sekali dua terbatal sebaliknya selama hampir dua minggu asyik tidak menjadi.
Thursday, 4 June 2009
Tuesday, 2 June 2009
Semalam, Hari Ini & Esok
Suatu ketika, antara kenangan dan lipatan perjalanan tertulis:
HARI INI merupakan hari yang paling penting buat anda. HARI INI juga anda boleh membuat perancangan untuk hari ESOK setelah melalui pengalaman SEMALAM kerana titik-titik kesedaran inilah yang member ruang dan peluang untuk memperbaiki diri dengan lebih berkesan.
Sekiranya anda memanfaatkan HARI INI sebaik mungkin, maka pelbagai masalah dapat dikurangi ESOK.
Anda mungkin menghadapi tekanan serta berada di dalam kebingungan HARI INI, tetapi selagi diri anda HARI INI adalah lebih baik daripada SEMALAM, maka ESOK dan hari-hari yang mendatang akan menjanjikan sesuatu yang terbaik jua.
Justeru, SEMALAM, HARI INI dan ESOK mematangkan diri anda!

Tuesday, 12 May 2009
PADAMU JUA
Sunyi itu duka
Sunyi itu kudus
Sunyi itu lupa
Sunyi itu lampus
Antara cinta dan kasih sayang, terkorban menjadi beban yang merantai seluruh hidup bersendirian. Manakan mungkin, kerana cinta yang suci hadir hanya sekali dan tiada pernah ada gantinya. Namun begitu, realiti sebuah cinta tidak pernah menjanjikan kebahagiaan dan kesejahteraan, kerana cinta tidak semestinya bersatu.
Mengimbau kenangan bersama Cikgu Datin Hajah Halimah di SMHK, Ampang memusatkan fikiran pada suatu kenangan lampau, menyorot kembali puisi Nyanyi Sunyi seorang perindu, Amir Hamzah terpaksa mengorbankan cintanya pada Sang Kekasih yang setia menanti lantaran terikat pada budi bapa saudara yang membesarkan dan memberi pendidikan.

Friday, 17 April 2009
ABC vs 123

Memang masa mampu mengubah suasana, duka menjadi ceria, gembira bercalar sengsara lataran perasaan tiada pernah terbuka walau hati sentiasa sahaja menggesa menerima takdir atas begitu hendak-Nya.
Tanpa sedar, ada hati yang terguris.... Tanpa sengaja, ada perasaan yang terluka lantas mengundang persoalan lancangkah bicara menutur kata atau kasarkan suara bergurau senda sedang niat tiada pernah terselit sebarang gundah gulana apatah lagi untuk lelocon mengundang duka....
Sunday, 5 April 2009
Pendirian

Aduhai...bagaimana harus disingkirkan segala kepayahan yang bersarang dalam benak..., memenjara hati dan mengikat pendirian tanpa memberi sedikit ruang pun kepada diri untuk membuat keputusan.
Segalanya telah tertulis dan tiada pilihan untuk menentukan arah. Terimalah sahaja sama ada rela atau dengan paksa tapi dengan redha. Memang tiada pilihan pada untuk membuat sebarang keputusan.
Pilihan dalam satu perjalanan yang panjang untuk satu kesempatan yang mungkin entah ada atau tidak, hanya sekelumit harapan bagi meneruskan kelangsungan hidup atas tindakan yang pernah dilakukan.
Saturday, 28 March 2009
Belajar Dari Kesilapan

Sesungguhnya, dalam memenuhi tuntutan seharian, antara tanggungjawab yang tergalas pastinya kesempurnaan diimpikan tetapi sebagai insan biasa, gagal juga mengawal keadaan lantas kesilapan berlaku.
Lebih malang lagi apabila kesalahan sendiri turut mengundang kepayahan kepada individu lain dan amat menyedihkan apabila kesilapan yang tidak disengajakan tersebut mengundang aib kepada apa yang tidak sepatutnya.
Aduhai..., bagaimana mungkin untuk ditebus kesalahan yang telah pun berlaku ini?
Sunday, 15 March 2009
Tuntutan Wanita Berkerjaya

Meniti hari-hari dalam kesibukan tanggungjawab harian di pejabat sedang cahaya mata memerlukan perhatian yang bukan sedikit malahan serba-serbi inginkan penglibatan seorang ibu amat mencabar. Bukanlah menidakkan tanggungjawab seorang bapa tetapi mungkin ada benarnya bahawa sememangnya wanita lebih prihatin hinggakan kepada hal-hal yang terlalu kecil dalam urusan anak-anak dan rumahtangga.
Dengan dikelilingi rakan-rakan wanita yang juga turut telah berumahtangga, sememangnya tuntutan bagi wanita berkerjaya memerlukan bukan sedikit pengorbanan malah adakalanya keperluan diri terpaksa dikorbankan. Tidak usah bercakap soal tekanan, kerana seringkali diketepikan agar tuntutan amanah yang dipikul dapat dilunaskan sesempurna mungkin biarpun adakalanya terasa amat lelah.
Tuesday, 3 March 2009
Sekadar mencoret
Coretan harian dalam melaksanakan tugas tidak pernah padam malah semakin hari semakin pelbagai yang mahu dirungkaikan.... Permasalahan manusia hilang harga diri ekoran pangkat dan kuasa sedikit sebanyak menjadi pengajaran kepadaku agar bersyukur atas limpah dan kurnia-Nya.
Betapa.... Entah semalam, hari ini atau mungkin juga esok tidak pasti sebenarnya apa yang telah berlaku. Memang peristiwa semalam telah berlalu tetapi berapa ramai individu yang menjadikan masalah semalam sebagai tauladan lantas mengenali diri untuk bersifat lebih positif.
Sunday, 1 March 2009
Jalan-jalan
Berhujung minggu, membawa anak-anak berjalan-jalan tanpa terperap di rumah. Sekadar ke Jusco sahaja tetapi anak-anak tetap teruja berada di taman permainan. Bawa sekali Lia dan Puteri bersama Achik. Keceriaan kanak-kanak menjadi keutamaan. Seronok melihat tingkah mereka yang gelak ketawa dan berlarian riang ke sana ke sini.
Thursday, 19 February 2009
Belasungkawa – Memori Terpahat Bersama Dato’ Ib
Pagi tadi, aku dikejutkan dengan panggilan telefon bahawa tokoh Melayu Terbilang UMNO 2007, Dato’ Ibrahim Hussein kembali ke rahmatullah akibat diserang sakit jantung seawal jam 4.30 pagi.
Sepantas itu juga, kenangan selama tiga hari melaksanakan tugasan bersama rakan-rakan pertengahan tahun lalu di Muzium dan Yayasan Seni Ibrahim Hussein, Langkawi terimbas di kenangan. Betapa keramahan beliau dengan sikap rendah dirinya amat berbeza dengan kedudukan yang dimiliki.
Sememangnya, siapa orang seni yang tidak mengenali tokoh yang terulung ini, seorang anak kampung dari Kg. Sungai Limau Dalam, Yan, Kedah yang akhirnya tersohor dalam bidang seni hinggakan pemimpin-pemimpin dari negara asing mengagumi kehalusan seni beliau lantas ada antara mereka yang menawarkan kerakyatan kepada beliau.
Tuesday, 17 February 2009
Syukur Atas Anugerah...
Jika anda memohon anugerah dari Tuhan
Berbahagialah jika yang dikirimkan
Bukan emas, harta dan kekayaan tetapi
Pengorbanan, kasih dan sayang sesama insan...
Berbahagialah jika yang dikirimkan
Bukan emas, harta dan kekayaan tetapi
Pengorbanan, kasih dan sayang sesama insan...
Saturday, 7 February 2009
Antara Amanah Dan Tanggungjawab
Pengorbanan
Sungguh mulia jiwamu
Hancur dan luluh
Dimanakah kepahitan
Kerana insan lain
Pengorbanan yang agung
Bukan diminta juga bukan dipaksa
Tapi suatu kesedaran
Erti tanggungjawab.
Puisi tersebut hasil nukilan Cikgu Mazlina Abd Majid dalam diariku ketika aku meniti darjah empat di Sekolah Kebangsaan Ampang. Ketika itu, tidak aku fahami butir bait yang tertulis... aku sekadar membacanya lalu menyimpannya hingga akhirnya aku tidak tahu entah dimana terkuburnya diari tersebut.
Namun begitu, puisi tersebut tidak aku lupakan malah kekal terpahat dalam hatiku dengan baitnya aku mengerti bahawa kehidupan tidak semudah disangka. Apatah lagi meniti perjalanan atas hubungan sesama insan. Ada atau tidak jalinan perhubungan, itu tidak penting kerana keikhlasan lebih diutamakan.

Subscribe to:
Posts (Atom)