Saturday, 28 March 2009

Belajar Dari Kesilapan


Sesungguhnya, dalam memenuhi tuntutan seharian, antara tanggungjawab yang tergalas pastinya kesempurnaan diimpikan tetapi sebagai insan biasa, gagal juga mengawal keadaan lantas kesilapan berlaku.

Lebih malang lagi apabila kesalahan sendiri turut mengundang kepayahan kepada individu lain dan amat menyedihkan apabila kesilapan yang tidak disengajakan tersebut mengundang aib kepada apa yang tidak sepatutnya.

Aduhai..., bagaimana mungkin untuk ditebus kesalahan yang telah pun berlaku ini?


Inilah natijahnya, lantaran kesibukan yang pelbagai telah mengundang kesilapan yang sememangnya bukan sedikit, apa yang pasti kebolehan dan kepercayaan tentunya akan menjadi pertikaian.

Memang kesilapan banyak memberi pengajaran, lantas kesilapan ini juga akan menjadi azimat agar kesalahan yang sama tidak akan berulang lagi, dan tidak untuk kesekian kalinya...

Aku mohon, perteguhkan iman, perkuatkan semangat dan pertingkatkan kebolehan atas pengalaman yang telah ditimba untuk kesinambungan kerjaya yang menuntut pelbagai kreativiti. Semoga kepercayaan atas amanah yang dipertanggungjawabkan ini mampu aku galas untuk kesekian kalinya.

Aku mohon....

No comments:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers