Tuesday, 3 March 2009

Sekadar mencoret



Coretan harian dalam melaksanakan tugas tidak pernah padam malah semakin hari semakin pelbagai yang mahu dirungkaikan.... Permasalahan manusia hilang harga diri ekoran pangkat dan kuasa sedikit sebanyak menjadi pengajaran kepadaku agar bersyukur atas limpah dan kurnia-Nya.
Betapa.... Entah semalam, hari ini atau mungkin juga esok tidak pasti sebenarnya apa yang telah berlaku. Memang peristiwa semalam telah berlalu tetapi berapa ramai individu yang menjadikan masalah semalam sebagai tauladan lantas mengenali diri untuk bersifat lebih positif.

Hari ini, memang apa yang dimiliki pun belum pasti esok bagaimana kerana di dunia fana ini tiada yang hakiki... lantas esok, entah berapa ramai insan yang telah bersedia atas kemungkinan-kemungkinan yang akan berlaku hari esok?
Dan aku juga begini, meneruskan kesinambungan tugas harian yang tidak pernah berkesudahan....

No comments:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers