Friday, 17 April 2009
ABC vs 123
Memang masa mampu mengubah suasana, duka menjadi ceria, gembira bercalar sengsara lataran perasaan tiada pernah terbuka walau hati sentiasa sahaja menggesa menerima takdir atas begitu hendak-Nya.
Tanpa sedar, ada hati yang terguris.... Tanpa sengaja, ada perasaan yang terluka lantas mengundang persoalan lancangkah bicara menutur kata atau kasarkan suara bergurau senda sedang niat tiada pernah terselit sebarang gundah gulana apatah lagi untuk lelocon mengundang duka....
Terpalit airmata membawa nestapa yang sukar untuk dipapar warna....hitam atau putih, kecil atau besar, tua atau muda, tinggi atau rendah pastinya tidak sentiasa dirundung bahagia kerana tentunya sesekali akan disulami gambaran derita.
Sememangnya atas nama kebersamaan, pastinya hidup tidak akan pernah sunyi dari silih gantinya suka dan duka.
Sedang lidah lagi tergigit, sedang tali bersimpul terurai jua, sedang rambut lurus terputus akhirnya inikan pula anggapan pada miopia hati sendiri.
Benar, tanpa ketulusan akan terpadam keikhlasan kerana sesungguhnya hanya kemaafan dendam yang terindah!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment