Tuesday, 20 October 2020

Enam Tahun Amira & Rheumatic Fever... Separuh Perjalanan

Hari ini berulang kembali dalam temujanji bersama doktor di hospital untuk rawatan susulan Amira. Sesuatu yang bukan lagi asing bagi kami dalam melalui pemeriksaan berkala saban tahun. Rupanya sudah enam tahun kami berulang-alik dalam memastikan rheumatic fever yang ada dalam tubuh Amira tidak kembali aktif. 

Kali ini lawatan dalam suasana Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Pematuhan kepada SOP yang ditetapkan oleh KKM digunapakai oleh kami. Di pintu masuk ke hospital juga ada saringan... melihatkan tubuh Amira yang tinggi mula-mula petugas di situ hanya membenarkan seorang saja masuk namun apabila dimaklumkan usianya baru 15 tahun maka aku dibenarkan bersama menemani. 

Sunday, 18 October 2020

Cara Buat Jeruk Mangga Sedap... Hasil Tangan Sendiri

Pokok mangga yang ditanam Mr Hubby enam tahun lalu membuahkan hasil. Kali ini buahnya memang lebat, dari dahan atas sampailah ke tangkai bawah yang sememangnya menyerlahkan buah-buahnya bergayutan. Kali pertama bebuah sebelum ini pun tak sebanyak seperti sekarang. Bak kata orang... buah-buahnya tak putus makan... berganti saban hari, habis belah sini berbuah, belah sana pula berbunga yang bakal menggantikan buah baru untuk dipetik kelak. 

Buahnya pula memang sedap, kalau mangga muda tidak terlalu masam, rangup dan segar terasa dan kalau dah masak pula buahnya sangat manis... tapi amat jarang Mr Hubby biarkan buah masak di dahan, buah mangga yang besar tak tertanggung tangkainya lantas gugur apabila angin kencang bertiup. Sayang kannn... 

Thursday, 15 October 2020

Tanaman Laman Rumah

Mr Hubby kekal istiqamah dalam hobi tanaman hiasan di laman rumah. Memang bukan perkara mudah untuk mengekalkan sesuatu tapi tak juga susah jika minat sudah sebati semulajadi. Tanaman pokok-pokok hijau menghiasi laman yang cuma sekangkang kera... alhamdulillah sejuk mata memandang. 

Wednesday, 7 October 2020

Merasai, Menghargai... Syukur Ilahi

Terdiam... tak tergambar perasaan. Rasa gundah menyerbu di dada... nyilunya di hati gagal diterjemah dalam kata. Mata berkaca meluah rasa yang tak mungkin mampu diuangkapkan dengan kata-kata. Tangan yang tadinya kaku perlahan diangkat mendakap dada... ditekap kuat diibarat mahu mengalirkan rasa yang terbungkam di hati... membayangkan andai jejari tangan ini mampu meregut rasa di dalam hati untuk dilontarkan jauh dalam angin yang berlalu pergi. 

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers