Sememangnya melentur buluh biarlah dari rebungnya, maka Amira aku mahu dedahkan kepada nikmat pembacaan, boleh mencerna minda, mengkayakan bahasa dan membina jiwa sebagaimana ilmu yang terkandung di dalamnya. Lagilah Amira gemar menulis. Macam-macam yang ditulisnya namun dia malu untuk memberikan orang lain membaca. Dalam setiap begnya, beg sekolah kebangsaan, beg kafa, beg kelas tutorial, beg kelas piano malah beg kasualnya pun akan ada buku conteng yang memuatkan pelbagai tulisannya. Katanya, dia akan menulis jika rasa tidak ada apa-apa yang nak dibuat tetapi dia amat segan untuk memberikan kepada orang lain, lantas dibuangnya sahaja.
Dalam usianya sembilan tahun, Amira suka menilai dan menulis apa yang dirasakan, dia kurang meluahkan perasaannya secara lisan kecuali jika ditanya. Sebelum ini pun dia banyak memberikan nota ringkas kepada aku dan Mr Hubby untuk apa-apa yang diperlukannya. Lebih dari itu, dia juga ada catatan tempat-tempat yang pernah kami kunjungi. Walaupun tulisannya kurang kemas dan catatannya juga tidak menarik namun apa yang dilakukannya menjadi perangsang kepada aku untuk terus menggalakkannya menulis. Amira masih kurang keyakinan diri namun masih boleh dipupuk melalui pertambahan ilmu dalam pembacaan.
Banyak perkara yang dirancang untuk anak-anak pada waktu cuti persekolahan namun perlu juga disesuaikan dengan masa aku sendiri yang kini agak sibuk. Semuanya menunggu pelaksanaan selain waktu persekolahan yang masih berbaki. Semoga Amira menjadi perintis kepada adik-adiknya dalam usaha mendalami pelbagai ilmu, untuk kejayaan di dunia ke arah kecemerlang an di akhirat.
Antara tulisan Amira yang sempat aku selamatkan dari masuk ke tong sampah... |
1 comment:
wow..gud mira..mewarisi mama nya ni :)
Post a Comment