Afrina pula, dia seakan pasrah dengan suasana sekeliling... melakukan tarian dan lakonan bersahaja tanpa segaris pun senyum di wajahnya biarpun ada diantara rakannya begitu lincah. Dia melihat kami yang menontonnya seakan tanpa perasaan juga walaupun kami sudah memberikannya senyuman malah melambai tangan padanya tapi semua tanpa balasan. Namun begitu, kiranya sikap Afrina lebih positif berbanding Amira yang seusianya dahulu kerana Amira sangat pasif dan enggan melakukan apa-apa.Ameer pula sangat 'sporting'... berlarian dan menari bersama rakan-rakannya sebagaimana keletahnya yang memang mudah mesra. Dia menjadi anggota bomba, dia berlakon menjadi pelajar, dia menari dan berjalan dengan yakin di pentas menerima anugerah. Semuanya dibuat selamba sahaja. Sememangnya keletah tiga orang anak ini amat berbeza antara satu sama lain, namun untuk anak kedua dan ketiga tidaklah sesukar Amira yang menjadi perintis laluan kepada adik-adiknya. Semoga kelak kalian menjadi insan berjaya yang tidak lupa asal usul mama dan abahnya.





.png)
.png)
.png)















No comments:
Post a Comment