Dua hari Amira
ditempatkan di wad pediatrik, namun apa penyakitnya masih gagal diketahui.
Semasa mula-mula ke hospital, doktor yang merawat mengatakan kemungkinan arthitis
iaitu penyakit berkaitan sendi. Latar belakang keluarga antara aku dan Mr Hubby diselidik
dengan teliti namun antara kami tiada yang berpenyakit sedemikian atau yang
seangkatan dengannya, termasuklah SLE sekalipun. Kami juga bukanlah berkahwin
di kalangan saudara yang dekat kerana latar belakang antara kami amat jauh
berbeza. Faktor genetik diambil kira namun hasilnya negatif. Soal selidik berkaitan
kesihatan Amira dibuat, dari segi teknikalnya sekalipun. Amira tidak pernah
jatuh malah dalam diam aku berbual-bual dengannya bertanya secara langsung dari
hati ke hati. Amira dengan jujur mengakui tidak pernah terjatuh. Ujian darah
dan air kencing dilakukan kepada Amira, permeriksaan x-ray dibuat pada kaki
Amira, ECG diambil, pemeriksaan jantung dan organ dalaman juga dilakukan bagi
mengetahui segala punca. Kemudian pemeriksaan tulang dilaksanakan oleh sekumpulan
pakar orthopedik.
Keputusannya,
memang bukan berkaitan tulang tapi yang jelas ada kuman dalam darah Amira.
Bacaannya tinggi tapi simptomnya bukanlah berkaitan arthitis. Ini kerana tidak
melibatkan sendi-sendi yang lain. Mujur juga tidak ada organ dalaman yang
terbabit. Dari satu pakar ke satu pakar Amira beralih tangan dengan siasatan rapi membabitkan mereka. Bukan
arthitis, bukan orthopedik tapi akhirnya doktor bertemu punca iaitu rheumatic.
Pakar rheumatic,
Dr Wong mengesahkan setelah membuat beberapa kajian dan penilaian, melihat dan
meneliti perkembangan Amira. Katanya, penyakit ini adalah hasil daripada tindak
balas antibiotik dengan antibodi dalam badan. Amira bernasib baik kerana ia hanya
menyerang bahagian sendi di kaki walhal ada yang lebih teruk apabila menyerang
jantung dan otak.
Apa sebenarnya
penyakit demam rheumatic ini? Aku tak biasa mendengarnya kerana aku lebih
cenderung kepada bahasa romantik dan tindakan dramatik... dalam aku keliru
namun masih bersyukur kerana punca sakitnya diketahui.
Kata Dr Wong,
demam yang berpanjangan dan kesan antibiotik telah memberi tindakbalas negatif.
Kuman telah menyerang dalam darah dan Amira bernasib baik kerana kuman ini tak
masuk ke dalam jantung, otak dan organ dalaman yang lain. Kuman ini telah
menyerang bahagian sendi di kaki Amira yang mengakibatkan dia sampai tak boleh
berjalan. Penyakit ini umumnya menyerang kanak-kanak berusia 5 hingga 15 tahun,
terhasil kerana jangkitan selepas deman atau radang tekak yang mengakibatkan
antibodi bersilang. Untuk jangka masa pendek ubat akan diberikan bagi
memulihkan kembali Amira dan memastikan dia kembali berjalan seperti biasa.
Namun dalam masa yang sama, Amira perlu bergantung kepada ubat secara berterusan
sehinggalah usianya mencapai 21 tahun. Fuhhh...selama 12 tahun Amira perlu
makan ubat saban hari... aduhaiiii... terkedu aku dibuatnya.
Dr Wong memberi
penerangan lanjut, dua cara untuk pengambilan ubat iaitu:
1. pemakanan harian tanpa
ada yang tertinggal kerana sebarang kemungkinan sama ada terlupa atau tidak
mencukupi dos yang sepatutnya akan memberi kesan pada kesihatan dalam penyakit
ini.
2. melalui suntikan yang boleh diambil setiap bulan di
klinik pakar.
Cadangan dari doktor ialah pelan kedua dan aku menyetujuinya. Walaupun perlu berkunjung ke klinik saban bulan tetapi lebih mudah daripada perlunya memakan ubat saban hari tanpa gagal dan dalam waktu yang sama selama 12 tahun.
Alhamdulillah,
syukur.... dalam kesakitan masih ada rawatannya. Dalam kesusahan masih banyak
kemudahannya. Ketika kami mahu mengelakkan Amira dibedah kerana tonsil maka dia
berdepan dengan rheumatic fever. Perancangan dari Allah swt melebihi
perancangan kami yang kerdil ini. Aku redha berdepan dengan semua ini dan
sememangnya kekuatan Amira aku kongsi bersama, kerana kami yakin kesakitan ini
bersifat sementara. Ada hikmah di sebalik semuanya... ini juga adalah ingatan
dari-Nya yang selama ini melihat kami bahagia dan gembira agar tidak alpa
dengan-Nya. Alhamdulillah!
7 comments:
Salam..mcm mana keadaan adik amira skrg?bru2 ni isteri sy ada terjadi sakit2 smua sendi dan tanda2 spt reumatic fever..doktor tgh buat ujian lg
Wslm Mohd Tarmizi, alhamdulillah Amira sekarang sihat walafiat, cuma suntikan perlu dibuat setiap 28 hari dan kesihatannya perlu dipantau rapi agar tidak demam dan tidak berulang sakit sendinya. Semoga isteri saudara juga kembali sihat dan dihindarkan dari apa-apa penyakit.
Boleh saya tahu kos injection utk setiap bulan tu...krn ank saya ada penyakit yg sama mcm Amira...tq
Puan Ziela Halim, maaf saya tak tahu kos suntikannya kerana segala rawatan saya buat di klinik kesihatan kerajaan yang berhampiran sementara foloow-up di Hospital Putrajaya. Anak Puan sudah berapa lama sakit? Semoga Puan dan keluarga tabah berdepan dugaan sedemikian.
Dlm 3 bulan...tp dia cpt sensitif dan mudah merajuk...kdg2 tu panas baran ...adakh amira pun sama?
Dlm 3 bulan...tp dia cpt sensitif dan mudah merajuk...kdg2 tu panas baran ...adakh amira pun sama?
Puan Ziela Halim, dari segi emosi saya rasa x banyak perubahan. Amira memang sensitif tapi dia mudah berterus terang pada saya... tetap rajin bersekolah biarpun tidak sihat, dari awal kesakitannya dia bertahan.
Post a Comment