Thursday, 13 February 2014

Angan-angan, Impian & Cita-cita

Pelbagai impian nak dicapai. Macam-macam angan-angan yang bermain dalam minda. Ada cita-cita yang sedang diusahakan. Bermula dari angan-angan... memasang impian dan kemudian menyulam cita-cita yang bakal menjadi kenyataan. Ada yang sedang diusahakan... sudah bertahun-tahun tapi harap ia akan menjadi realiti tahun ini. Pepatah biar lambat asal selamat menjadi biar lambat asal dapat, jangan lambat langsung tak buat.... Jiwa membara, ibarat tenaga masih muda sedangkan tanggungjawab tergalas menggunung minta dilaksana. Yang mana satu perlu didahulukan akan diutama dan tentunya keluarga adalah segalanya.

Apa yang nak dilaksanakan? Persoalan itu yang perlu dijawab. Kemudian, gariskan perancangan berdasarkan kepada keperluan dan ruang masa yang ada. Apa yang perlu dilakukan dan bagaimana mahu diusahakan.  Aku ada 1, 2, 3 dan 4 impian untuk tahun ini....


1. ...cita-cita berlarutan yang sentiasa dilakukan saban hari apabila ada masa terluang, sekelumit masa yang ada amat bererti untuk menambah baik hasil yang dibuat agar berterusan untuk menjadi sempurna.

2. Impian tertangguh... semoga tahun ini ia menjadi realiti dengan usaha berterusan. Sememangnya impian setiap keluarga dan juga angan-angan setiap individu...

3. Kesihatan keutamaan kerana wanita adalah tulang belakang keharmonian keluarga, perlu aktif, cergas dan cerdas; pastikan diri aktif dan bertenaga tanpa lesu longlai...

4. Setiap hari bersua. keindahannya terbayang di mata, gahnya menjalar mesra saban pagi dan petang dalam pemanduan antara rumah dan pejabat. Seakan-akan ada lambaian setiap kali berselisih. Begitu riang dan mendamaikan, ceria dan harmoni, gabungan keselesaan dan kesempurnaan yang semuanya bertaut menjadi satu lantas menyapa diri di jalanan untuk bersama-sama dengannya... mengajak berpimpinan, menyapa usapan dan belaian untuk bercanda dengannya....
Hahaha....tak salahkan memasang angan-angan... kerana impian ku ialah memandu kereta ini: -

No comments:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers